in

“Pernikahan dilaksana dalam rahsia…” – Puisi Ibu Hannah Delisha Jadi Tanda Tanya, Perkahwinan Pelakon Tidak Direstui?

Ibu Tak Restu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat sedang meniti bahagia dengan suami tercinta, tiba-tiba muncul pula satu berita tidak enak mengenai pelakon berasal dari Singapura, Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah yang dikatakan telah berkahwin tanpa restu ibu pelakon wanita tersebut.


Menurut mStar, satu panggilan telefon misteri telah mendedahkan pernikahan pasangan itu kononnya tidak direstui ibu Hannah kerana sebab yang tidak diketahui.

“Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang boleh saya beritahu. Selebihnya tanya tuan badan,” kata pemanggil misteri tersebut.

Apa yang menambahkan lagi curiga apabila posting Instagram ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad juga seakan-akan memberi ‘hint’ menerusi kata-kata berbentuk puisi yang meluahkan perasaan wanita tersebut terhadap anaknya.

Menerusi puisi tersebut, ibu Hannah telah menggunakan tanda pagar #IbuTidakRestu dan isi puisi itu juga seakan-akan menceritakan kisah hidup mereka.

Puisi itu bermula dengan menceritakan kehidupan anak beranak yang melalui onak ranjau selepas si ibu bercerai dengan bapanya yang seorang muallaf dan berasal ‘jauh di hujung benua’.

Kemudian puisi itu bercerita tentang anaknya yang dikatakan jatuh cinta tetapi perkara tersebut tidak direstui hingga membawa kepada insiden ibunya difitnah dan ditohmah.

Hannah 2

Antara bait-bait kata dari puisi tersebut berbunyi:

Apabila dewasa Sang Anak bercinta, 

“Cinta yang datang dengan al kisahnya, 

“Terjadi sesuatu yang membelengggu, maka tiada restu, 

“Sang ibu membawa diri, fitnah dan tohmah silih berganti, 

“Salah siapa bukan inti, salah sendiri menjadi paksi, 

“Allah sentiasa menyaksi. 

“Pernikahan dilaksana dalam rahsia, ditutupi pula dengan media” 

Noor Ashikin merupakan penyanyi Singapura pada era 80-an dan terdahulu pernah berkahwin dengan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurnia anak iaitu Hannah Delisha.

Ashikin

Sebelum ini, Noor Ashikin juga dikenali sebagai Kakcik Wujud kerana pernah menjadi kru Wujud, sebuah video realiti seram Singapura.

Ketika dihubungi media, ibu Hannah tidak mahu memberi sebarang komen dan hanya meminta pihak media merujuk status di Instagram dan Facebooknya untuk penjelasan lanjut.

“Ya saya ibu kandungnya, dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tidak mahu komen tentang itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah masih tidak memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Pelakon ini telah melangsungkan perkahwinan dengan Imam Shah yang juga seorang pelakon Singapura pada 18 Februari lepas di Singapura.

Kita doakan yang baik-baik buat mereka ya. 

Baca: “Drama ke apa ni?” – Netizen Macam Tak Percaya, Pelakon Hannah Delisha Sudah Berkahwin Dengan Pilihan Hati Hari Ini!

Imam Delisha

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.