in

Pernah Viral Gambar Mengemis Tepi Jalan, Gadis Ini Kini Simpan Impian Jadi Miss Universe

Gadis Pengemis Jadi Ratu Cantik Rita Gaviola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu pernah menjadi seorang pengemis dengan paras rupa selekeh di tepi jalan, tapi siapa dapat mengagak tuah seorang gadis ini berubah dan kini mengintai peluang untuk menjadi Miss Universe.


Menurut CBN, gadis dari Filipina bernama Rita Gaviola ini pernah tular satu masa dulu apabila gambarnya sedang mengemis sambil menjaga adik-adiknya dirakam oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di bandar kelahirannya untuk menghadiri Festival Pahiyas.

Rita 1

Foto Rita yang dinamakan ‘Badjao Girls’ kemudian senyap-senyap dimuat naik ke internet dan tiba-tiba tular ke serata dunia! Wow! 

Screenshot 2021 09 22 At 8.38.14 Pm

 

Foto viral dapat perhatian ratu cantik 

Gara-gara gambar yang tular itu, Rita telah mendapat perhatian ramai sampaikan ratu cantik di Filipina berpakat mahu membawa gadis ini keluar daripada kemiskinan.

Rita kemudian ditawarkan menjadi model dan berjaya mencipta nama sebagai gadis termuda yang beraksi di peringkat antarabangsa dalam rancangan TV ‘Big Brother’.

Screenshot 2021 09 22 At 8.38.23 Pm 1

 

Intai peluang jadi Miss Universe 

Pun begitu, Rita baru-baru ini mengejutkan netizen ramai selepas meluahkan hasratnya untuk mewakili Filipina bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe di Instagram.

Bagi yang tak tahu, ratu cantik dari Filipina antara yang menyerlah dalam Miss Universe dan ramai juga peserta dari negara ini yang pernah memenangi pertandingan ini beberapa kali.

Latest tak silap admin Catriona Gray dari Filipina menangi Miss Universe pada tahun 2018!

Apa-apapun diharapkan impian Rita bakal menjadi kenyataan kerana tiada apa yang mustahil kalau dia berusaha untuk kejayaan. 

Baca: “Passport kita pun tak iktiraf negara tu” – Israel Jadi Tuan Rumah Miss Universe 2021, Netizen Minta M’sia Tarik Diri

Eilat Israel

Sumber: Instagram
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.