in

Pernah Menjuarai Gegar Vaganza, Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

Syaz Ft 100

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan memiliki heroin, Ahad lalu.

Cliff Umar yang juga juara program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.


Artikel berkaitan: “Rosak memori indah ku” –  Cliff Umar Lupa Lirik Masa Nyanyi Lagu Meet Uncle Hussain?

Artikel berkaitan: “Lepas menang GV terus hilang” –  [VIDEO] Bekas Isteri Dakwa Cliff Umar Tak Bayar Nafkah?

Dia yang mempunyai empat orang anak itu didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada pukul 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Afq 3008

Difahamkan, pelantun lagu Wanita Seluruh Dunia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Peguam Sallehuddin Salam mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnnya menanggung isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah.

“Anak guam saya bekerja sebagai pemain muzik dan pendapatan tidak menentu,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.