Hujung minggu lalu, berlangsunya sebuah festival muzik Rock The World yang diadakan di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur yang menampilkan pengkarya muzik tempatan seperti OAG, Couple dan Meet Uncle Hussain.
Pun begitu, satu video tular berkenaan festival tersebut di mana ketika kumpulan Meet Uncle Hussain membuat persembahan, vokalisnya Cliff Umar dilihat lupa lirik ketika menyanyikan lagu ikonik kumpulan itu, La La La Kerjalah.
Dalam video yang dikongsikan oleh @fizzolivertuckeri20 yang menghadiri festival tersebut, dapat dilihat Cliff Umar terlupa lirik lagu tersebut dan meneruskan persembahannya.
@fizzolivertuckeri20 Penyanyi mana import ni? Dengan tak igt lirik atas stage. Rosak zaman muda ku dulu 😭 #rtw2023 #rtw23 #rocktheworld2023 #kasifaham #tunetalk #rocktheworldmalaysia #meetunclehussain
♬ original sound – Fizz Oliver Tucker I – Fizz Oliver Tucker I
Sebelum ini, kumpulan tersebut menampilkan Azlan sebagai vokalis namun baru-baru ini tempat itu digantikan oleh Hazama dan Cliff Umar.
“Tak boleh terima mat”
Lebih menyedihkan, di ruangan komen ada yang memberitahu, ramai penonton yang beransur pulang ketika Cliff membuat persembahan kerana berang dengan persembahan yang ditonjolkan oleh pemenang Gegagr Vaganza 7 itu.
Sebagai info, ini bukan pertama kali Cliff menjadi vokalis untuk kumpulan itu, sebelum ini dia dan Hazama juga turut serta dalam konsert Meet Uncle Hussain yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas pada 2 Disember lalu.
Sumber: TikTok, Astro AWANI