Walaupun kita dah keluar rumah lebih awal untuk bertolak ke tempat kerja agar sampai tepat pada waktunya di pejabat, namun, kadang-kadang, berlaku sesuatu secara tiba-tiba yang membuatkan kita terlambat sampai ke destinasi.
Contohnya, kesesakan jalan raya, kereta rosak dan untuk yang menaiki pengangkutan awam pula, perkhidmatan tren tiba-tiba tergendala.
Tahukah anda, jika anda terlambat sampai ke tempat kerja gara-gara perkhidmatan tren LRT atau MRT yang tergendala, anda boleh dapatkan slip bukti kelewatan dari Rapid KL dari kaunter-kaunter LRT dan MRT?
Slip kelewatan itu telah diminta oleh seorang pengguna media sosial pada Mei lalu kepada pihak Rapid KL menerusi media sosial X Rapid KL ketika perkhidmatan tren berkenaan tergendala.
Pihak Rapid KL menjelaskan bahawa penumpang yang terjejas akibat perkhidmatan tren yang tergendala itu boleh meminta slip kelewatan itu daripada staf mereka di kaunter khidmat pelanggan stesen LRT dan MRT.
Artikel Berkaitan : “Sejam tak bergerak” – Netizen Minta Anthony Loke Selesaikan Isu KTM ‘Sidai’ Penumpang
Artikel Berkaitan : OKU & Murid Sekolah Nikmati Tambang KTM Percuma Mulai 15 Februari – Anthony Loke
Seorang lagi pengguna platform X yang dikenali sebagai _aidaans kemudiannya telah berkongsi di X gambar slip kelewatan tersebut.
Dalam gambar slip kelewatan yang dikongsikannnya itu, dapat dilihat pihak Rapidrail akan mengesahkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan tren pada tarikh sekian sekian yang berlaku sekitar jam sekian sekian dan menyebabkan penumpang yang menaiki tren laluan tertentu telah terkesan.
Sekiranya majikan memerlukan pengesahan lanjut tentang perkhidmatan tren yang tergendala itu sehingga menyebabkan pekerja mereka lambat sampai di tempat kerja itu, majikan boleh hubungi talian bantuan mereka di talian 03-78852585.
Penyata perkhidmatan tren tergendala itu juga turut mempunyai cop dari pihak stesen sebagai bukti pengesahan.
Sumber: X @_aidaans, X@askrapidkl