in

PERKESO Raikan Rakan Media, Keadilan Sosial Sektor Tidak Formal Jadi Perhatian

ft perkeso i lindung u winner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru-baru ini menganjurkan Anugerah Media PERKESO (i LINDUNG u) 2025 edisi kedua. Acara ini bukan sekadar meraikan, tetapi mengiktiraf sumbangan besar media sebagai kuasa pemangkin kelangsungan sosioekonomi. Tumpuan utama acara adalah peranan rehabilitasi dan isu keadilan sosial bagi sektor tidak formal dan ekonomi ihsan.

Dalam majlis perasmian yang disempurnakan di Kuala Lumpur, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, menyifatkan media sebagai ‘the fourth estate’ atau kuasa keempat yang mempunyai daya pengaruh berimpak tinggi dalam kalangan masyarakat.


MFR07267

Tambahnya lagi, laporan media mengenai rangkaian usaha PERKESO berupaya meningkatkan kepentingan jaringan keselamatan sosial. Ini penting dalam mendepani kesan perubahan demografi dan menangani jurang dalam sektor tidak formal di Malaysia.

Beliau turut menegaskan, peranan media mempunyai pengaruh signifikan supaya masyarakat menjadi cakna terhadap kepentingan keselamatan sosial dan hak mereka sebagai pencarum.

Selain itu, perluasan khidmat rehabilitasi PERKESO yang menerapkan teknologi tinggi juga menjadi penentu dalam Malaysia mendepani kesan tsunami emas.

Tambah menteri lagi, isu keadilan sosial melalui skim LINDUNG Kendiri dan LINDUNG Kasih amat ditekankan, namun memerlukan peningkatan kesedaran awam.

Artikel berkaitan : Tambah Elaun, Naik Fi Latihan! PERKESO Tambah Lagi Manfaat Orang Hilang Kerja

Artikel berkaitan : 9.6 Juta Pencarum Dilindungi 24 Jam : PERKESO Perluas Jaringan Keselamatan Sosial Melalui LINDUNG 24/7

Jenama LINDUNG sendiri adalah penjenamaan semula strategik skim perlindungan PERKESO, dilancarkan pada 22 Ogos 2025, bertujuan memperluas capaian dan meningkatkan kepercayaan rakyat.

Steven Sim turut memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24/7) dan pindaan bagi menambah baik Skim Insurans Pekerjaan (LINDUNG Kerja) telah selesai dibentangkan untuk bacaan pertama minggu lalu.

Pembentangan ini bertujuan menambah baik faedah dan memperkukuh tadbir urus, agar lebih ramai rakyat mendapat manfaat secara langsung.

Dalam pada itu, beliau berharap rakan media terus memberikan sokongan padu melalui liputan dan penyebaran maklumat, agar matlamat KESUMA dan PERKESO untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada perlindungan sosial negara dapat dicapai.

MFR08067

Majlis Anugerah Media PERKESO tahun ini menyaksikan sebanyak 115 penyertaan diterima daripada pelbagai platform media yang dihakimi menerusi tujuh kategori pertandingan dengan Lobak Merah turut berjaya memenangi salah satu kategori iaitu, Laporan Media Digital Terbaik. 

Sumber : PERKESO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.