in

Perhimpunan Tanda Syukur Tolak ICERD Berlangsung Aman, Penuh Sebak Dan Air Mata…

Dtvjba6U0Amot5P 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini mencatat lagi sejarah buat Malaysia apabila kelihatan ‘lautan putih’ manusia berkumpul di ibu negara, tapi kenapa?


Polis Diraja Malaysia menganggarkan kira-kira 55,000 peserta hadir ke perhimpunan kesyukuran bantah Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di sekitar ibu negara, hari ini.

Menurut laporan hmetro, jumlah tersebut mungkin adalah lebih tinggi iaitu lebih 100,000 orang berdasarkan kepadatan peserta dalam satu masa serentak yang diadakan pada pukul 2 petang tadi di beberapa lokasi…….

……iaitu sekitar Jalan Raja sehingga ke Bangunan Dayabumi; Jalan Tun Perak sehingga ke Jalan Lebuh Ampang; Jalan Raja Laut sehingga ke Sogo; kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Gambar Icerd 1

Dt4Di5Jvaayno90
Sumber : facebook

Menerusi posting facebook Noorfiha Kasa, jelas menunjukkan ‘lautan putih’ manusia yang berkumpul dan berarak dengan aman tanpa sebarang provokasi bagi menzahirkan rasa syukur atas keputusan malaysia menolak ratifikasi tersebut..tapi admin tengok pun ramai yang join.

 

“PENUH SEBAK DAN AIR MATA…..”

 

“Laungan Takbir, Selawat Nabi memecah ruang udara Kuala Lumpur……Takbir!!”

“Perhimpunan paling besar demi meraikan keputusan kerajaan dan menyuarakan solidariti ummah paling ramai dalam sejarah negara.”

Semoga berakhir dgn aman tanpa provokasi..”

 

Posted by Noorfiha Kasa on Friday, December 7, 2018

 

Posted by Noorfiha Kasa on Friday, December 7, 2018

 

Ada pihak lain menganggarkan jumlah itu ada lebih ramai seperti yang dinyatakan penganjur Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan Sekretariat Kedaulatan Rakyat (RAKYAT) yang menganggarkan jumlah peserta adalah mencecah 300,000 orang.

Himpunan ini berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku”

  Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira diatas kesepakatan, kebersamaan dan kesepaduan yang utuh ditunjukkan rakyat di negara ini.

Fb 2

Fb 3
Sumber : facebook

Alhamdulillah admin doa semoga Malaysia terus aman dan harmoni dengan rakyatnya yang sentiasa hidup dalam tolong menolong dan saling menerima antara satu sama lain…amin

Baca : Kesian Mak Ayah Sibuk Dengan ICERD Sampai Tak Reti Jaga Anak- Netizen

Anak 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.