Bagi mana-mana pasangan Muslim yang ingin mendirikan rumah tangga, ia adalah perkara wajib bagi kedua-duanya untuk menghadiri kursus pra perkahwinan yang diadakan oleh pihak Jabatan Agama bagi negeri masing-masing.
Selalunya kursus kahwin ni melibat silabus pembelajaran berkaitan hal tanggungjawab dan munakahat dalam perkahwinan serta kisah ataupun situasi dalam hal rumah tangga yang boleh dijadikan guideline atau sempadan bagi mereka yang bakal mendirikan masjid.
Pun begitu, seorang bakal pengantin baru-baru ni meluahkan rasa tak puas hatinya di media sosial lepas mendengar satu ceramah dari seorang ustaz di kursus tersebut. Berikut perkongsian yang diambil dari Twitter:
Ustaz kursus kahwin kata perempuan tak tutup aurat layak dizina?
Bagaikan tak percaya, tetapi inilah yang dikongsikan seorang netizen bernama Ashraff.
Menurutnya, seorang ustaz yang menjadi salah seorang penceramah di kursus tersebut telah menyebarkan rasa kebencian bagi wanita yang ‘free hair’ di luar sana apabila dia mengeluarkan kenyataan kononnya wanita yang tidak menutup aurat ini wajar dicabul dan dizina. Allahuakhbar! Biar betul apa ustaz ni cakap?
Video ceramah didedahkan, ustaz ajar tanggungjawab suami tapi….
Menurut posting Twitter tersebut, kursus ini telah diadakan di JAWI dan Menteri dan Timbalan Menteri Agama iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Fuziah Salleh diminta memantau kegiatan ustaz tersebut.
Berikut video ceramah yang digembar-gemburkan netizen tersebut.
“Please gantung je lesen dia. Saya pun dah pergi kursus kahwin dan kursus kahwin kat tempat saya bagus”
Rata-rata netizen yang membaca posting ini sangat tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan ustaz tersebut. Malah ada juga yang menegur pengisian kursus kahwin ni sangat membosankan dan tak habis-habis cerca serta seksis terhadap wanita.
Apa pendapat korang mengenai isu ni? Min rasa tak wajar seorang ustaz sebar kebencian dengan cara macam ni. Apa-apapun kita tunggulah komen daripada Menteri Agama mengenai isu ni.
Baca: Ustaz Guna Ilmu Hitam Untuk Jadikan Wanita Ini Hamba Seks Selama Dua Tahun Rupa-rupanya…