in

“Percaya boleh jadi halimunan” – Lelaki Ditangkap Telanjang Bulat Masa Pecah Masuk Rumah Orang

Halimunan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dari Indonesia ditahan kerana cuba untuk pecah masuk rumah dalam keadaan berbogel. Menurut polis, Budhi Herdi Susianto menegaskan bahawa lelaki yang dikenali sebagai HL ini sengaja melakukan perbuatan sedemikian kerana itu saranan ‘tok gurunya’.


 

Dia bertelanjang bulat, tanpa seurat benang baru. Menurut keyakinan dia, dengan bertelanjang bulat dia tidak kelihatan oleh orang lain” – Polis

Halimunan
Sumber : youtube

Tanpa dia sedar petua daripada ‘tok guru’ itu sebenarnya tidak mujarab langsung kerana kelakukannya dapat dijejaki melalui rakaman CCTV.

Kelakuan HL terobongkar saat dia cuba mencuri 30 unit tablet di sebuah perpuastakaan. Menurut Tibunnews, aksinya mencuri dalam keadaan bogel itu jelas kelihatan.

Kegiatan itu ditemani oleh seorang lagi rakannya. Bukan itu sahaja dia juga ada pecah rumah dan bangunan lain saat tempat tersebut tidak berpenghuni.

Lapor sumber lagi, sebanyak 5 buat rumah dan bangunan yang telah dia pecah masuk sepanjang enam bulan terakhir ini.

Kata polis lagi, lelaki tersebut dikatakan baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan yang sama.

 

Baca : Ini Kisah Ketua Polis Negara Baru Yang Enggan Bersekongkol Dengan Kuasa ‘Halimunan’. Tabik!

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.