in

Ini Kisah Ketua Polis Negara Baru Yang Enggan Bersekongkol Dengan Kuasa ‘Halimunan’. Tabik!

Untitled Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah pun dilantik secara sah sebagai Ketua Polis Negara baru semalam, dengan mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong.


Di sebalik pelantikan beliau, tidak semua rakyat mengetahui latar belakang sosok tubuh yang pernah mendapat perhatian media pada 2015 itu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @adrianlimcheein ada berkongsi satu thread mengenai Abdul Hamid yang dicabar ketaatsetiaannya kepada rakyat dan negara.

Kalau ada yang tak tahu, pada 2015 Abdul Hamid merupakan individu yang membuat pendedahan mengenai penyembunyian saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau bagaimanapun ditukarkan ke pejabat Perdana Menteri pada September tahun yang sama di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Jom baca kisah Abdul Hamid yang memilih untuk menegakkan kebenaran meskipun terpaksa menanggung risiko dan berdepan ancaman kuasa-kuasa ‘halimunan’.

 

1 2

2 1

3 1

4 1

Siapa yang nak baca surat terbuka beliau, boleh klik sini. Okay lepas tu sambung…

 

5 1

6 1

7

8

9

11

12

Dikenali sebagai seorang yang tegas dan komited terhadap tugasnya, korang perlu tahu Abdul Hamid pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya oleh kerajaan Indonesia — di atas jasanya membantu negara jiran itu melumpuhkan kegiatan Jemaah Islamiah dan Daish.

Hebat tak hebat bukan?

 

Baca: “Alasan pertindihan kuasa tak relevan langsung” – Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Pemansuhan STAGG, STING dan STAFOC Tak Boleh Diterima

Stagg

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.