in

Penumpang Wanita Terkesima Lepas Masuk Kereta, Pemandu E-hailing Cuma Pakai Seluar D*lam

Ft Pemandu E Hailing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan wanita terkesima saat mereka masuk ke dalam sebuah kenderaan e-hailing yang ditempah apabila melihat keadaan pemandunya yang menjijikkan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 28 Januari lepas, kira-kira jam 11.47 pagi di Johor Bahru, penumpang wanita berkenaan mendapati bahawa pemandu lelaki tersebut hanya memakai seluar dalam sahaja.


Artikel berkaitan: Airasia Lancar E-Hailing Terbaru Di Malaysia, Beri Peluang Pengguna Pilih Driver Sendiri

Artikel berkaitan : Seorang Pemandu ‘E-Hailing’ Berdepan Detik Cemas Apabila Kereta Tersangkut Dalam Lumpur Lepas Tersesat Gara-gara GPS

“Apabila kereta tiba dan saya masuk, kami menyedari bahawa pakaian pemandu lelaki itu tidak proper, hanya memakai seluar dalam sahaja. Memandangkan kami semua wanita, kami berasa sangat tidak selesa dan takut.”

Kata penumpang wanita itu, ibunya ada menegur pemandu tersebut untuk memakai baju dan dia hanya pakai separuh sahaja namun tidak memakai seluar.

Screenshot 2026 01 30 160336

Dalam perkongsuan di IG @sgfollowsall itu, dapat dilihat pemandu lelaki itu hanya memakai baju berwarna ungu cair sementara bahagian kakinya tidak menyarung sebarang pakaian.

“Insiden ini membuatkan kami rasa tidak selamat, dan kami percaya adalah penting untuk memberi amaran kepada wanita lain, terutamanya mereka yang melancong bersendirian atau menuju ke JB, supaya lebih berhati-hati semasa menaiki perkhidmatan e-hailing.”

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.