in

Airasia Lancar E-Hailing Terbaru Di Malaysia, Beri Peluang Pengguna Pilih Driver Sendiri

Ft Ride

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak bermulanya wabak Covid-19, Airasia telah menjelajah ke pelbagai sektor yang kompetitif seperti penghantaran makanan, penghantaran barang runcit dan banyak lagi kerana sektor penerbangan terpaksa ditutup.



Baru-baru ini, Kumpulan Airasia telah memasuki pasaran e-hailing dengan melancarkan Airasia Ride.

Tony E1630053613821

Airasia Ride dilancarkan pada 24 Ogos di Kuala Lumpur dan dijangka akan diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain seperti Selangor, Penang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak menjelang akhir tahun ini. Lapor TheEdgeMarket.

Airasia Ride mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu mereka memberi peluang kepada pengguna untuk memilih pemandu dan kenderaan yang mereka naik. Pemandu juga dapat meningkatkan pendapatan keseluruhan mereka kerana perkhidmatan ini menggunakan konsep ‘drive-forward‘.

E Hailing E1630053775332

Demi keselamatan pengguna, semua pemandu e-hailing Airasia Ride diberikan vaksin 100% dan akan melakukan medical check up secara berkala.

Walaupun baru dilancarkan dua hari lepas, sebanyak 1500 orang pemandu yang berdaftar dan 5000 orang lagi akan memulakan operasinya dalam tempoh enam bulan akan datang. Airasia berhasrat untuk memiliki  sekurang-kurangnya 30,000 orang pemandu bagi memenuhi permintaan pengguna.

Tony berkata, Malaysia merupakan langkah pertama dan mereka akan melebarkan sayapnya ke negara Asean yang lain bermula dari Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan sebagainya.

Lepas ni boleh la order e-hailing ala-ala naik flight, rindunya nak travel.

Baca: “Girls Generation is back” – Peminat Teruja SNSD Buat Kemunculan Semula Lepas 4 Tahun Menghilang

Gg E1630054522214

Sumber: Vulcanpost
Sumber: Malaymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.