Selalunya setiap pasangan akan bertemu dengan jodoh masing-masing ketika berada di zaman universiti. Alang-alang menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, penting juga untuk mencari pasangan hidup, betul tak?
Tapi, sejak negara kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, pelajar universiti terpaksa belajar secara online di rumah menyebabkan pertemuan secara fizikal tak dapat diteruskan.
Disebabkan situasi itu, ada kata-kata pensyarah mencuri perhatian orang ramai ketika mengajar secara online dalam video yang dikongsikan oleh pelajarnya di TikTok @aliyaqmar.
https://www.tiktok.com/@aliyaaqmar/video/7021830015805328667?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8A%2F8tMqUGjdwgRO0WlfRl85dgeBu%2FCc%2BK5E5ooXdpmwjkrvlEvRNorusjfdnMf9ovu47YrnfvijIJdYeIGgA%3D&language=en&mid=7021829996486347547&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7021830015805328667&share_link_id=a76d6410-941d-4ea1-9d91-9e6bf15910bb&source=h5_t×tamp=1635226854&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Dalam video itu, kedengaran hanya audio pensyarah dirakam yang memberi nasihat kepada pelajarnya untuk mencari jodoh di waktu masih belajar. Ini kerana, waktu belajarlah dilihatkan masa yang paling sesuai untuk mencari pasangan.
Video TikTok itu mendapat pelbagai reaksi lagi-lagi dari kalangan pelajar di bahagian komen. Kebanyakan dari mereka menceritakan reaksi berbeza yang diterima dari pensyarah mereka apabila situasi yang sama diberikan.
Tak salah untuk bercinta ketika masih belajar di universiti. Tapi, jangan sampai lupa niat asal untuk sambung belajar. Pastikan terlaksana dahulu tanggungjawab sebagai pelajar, baru boleh nak bersayang-sayang okay?
Baca: “Nama gelaran Adef” – Pelajar Nama ABCDEF GHIJK Zuzu Curi Tumpuan