in

“Nama gelaran Adef”- Pelajar Nama ABCDEF GHIJK Zuzu Curi Tumpuan

Viral Siswa Bernama Abcdef Ghijk Zuzu Di Muara Enim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja Muara Enim, di Sumatera Selatan kini sedang menjadi tumpuan kerana memiliki nama yang unik, iaitu ABCDEF GHIJK Zuzu.


Anak kepada pasangan Zulfahmi, 41, dan isterinya, Zuhro Liani, 36 ini mula tular di media sosial selepas mengambil vaksinasi untuk Covid-19 di sebuah klinik dari kawasan tersebut.

Nama gelaran Adef

Bagaimanapun, Tribunnews.com melaporkan bahawa anak sulung daripada 3 orang beradik itu selalunya akan disapa Adebz atau Adef. Menurut ayahnya, dia sudahh menanam hasrat untuk memberikan nama menggunakan abjad kepada anaknya sejak masih bujang lagi.

Menurutnya Zulfahmi lagi, dia bangga memberikan anaknya nama itu, oleh sebab itu, nama anaknya sering dapat perhatian sejak sekolah rendah kerana keunikan nama sebenar Adef.

Bernama Abcdef Ghijk Zuzu

“Ada yang manggil dia Abjad, ada yang manggil dia ABCD dan lain-lain.”

“Tapi saya bangga dengan nama anak saya itu.”

“Apalagi guru-gurunya juga banyak yang kenal sama dia karena nama itu,”

Disebabkan itu, Zulfahmi juga mengaku alami kesulitan dalam menguruskan pendaftaran nama anaknya kerana banyak pihak beranggapan dia bergurau.

Perkara itu terjadi pada tahun 2009 yang lepas sehinggakan dia pernah dihalau kerana ingatkan main-main.

Sebab minat sastera?

Nama Pelajarabcdef Ghijk Zuzu 2

Kata Zulfahmi, dia ingin anaknya itu untuk mencapai cita-citanya yang tak tercapai kerana Zulfahmiu begitu minat dengan sastera.

Dia tidak dapat menunaikan cita-citanya kerana beberapa sebab yang tak boleh dielakkan, itu sebablah dia ‘turunkan’ cita-cita itu kepada Adef.

Malah dia juga mahukan anaknya itu menguasai bahasa lain selain daripada bahasa ibundanya.

“Mungkin dia yang bisa melanjutkan cita-cita saya yang belum bisa tercapai, menekuni bidang sastra.”

 

Baca : “Tak muat isi borang” -; Pasangan Terpaksa Minta Bantuan Presiden Nak Daftar Nama Anak Panjang 19 Perkataan

1Anak

Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.