in

Penjual Lumur Daging Babi Dengan Sebuk Borax Untuk Tipu Nampak Macam Daging Lembu

Daging

Selepas setahun menjalankan operasi ini, akhirnya taktik peniaga mendusta pembeli daging babi dengan menipu bahawa ianya daging lembu akhirnya terbongkar.

Dia menggunakan beberapa helah supaya untuk membuatkan daging babi itu seperti daging lembu.

 

Jual daging lembu walhal daging babi

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini mula terjadi apabila ada pihak membuat laporan tentang kegiatan tersebut, pihak polis terus menyerbu dan melakukan siasatan, ternyata ia memang daging babi.

Kata polis, pelaku memperdaya pembeli dengan mengatakan ianya merupakan daging lembu. Menurut Tribun, seramai 4 orang pelaku telah di tahan 2 orang pembekal dan 2 orang lagi peniaga.

Peniaga telah ditangkap ketika sedang ingin membeli daging babi tersebut, lebih kurang 600 kilogram daging babi telah dirampas, 500 kilogramnya ketika di dalam pembeku pembekal dan 100 kilogram lagi daripada peniaga.

Kata polis lagi, pembekal menjual daging itu dengan harga RM13.09 (Rp 45.000.) sekilo, manakala peniaga pula akan menjual kepada pembeli dengan harga sekitar RM 22 – RM26 sekilo.

Ianya di jual di Pasar Baleendah, Banjaran, dan Majalaya. Tambah polis lagi, kegiatan ini telah dilakukan selama hampir setahun.

Sepanjang tempoh itu mereka telah menjual sekitar 63 tan ( 600 Kilogram setiap minggu). Mereka akan menggunakan borax (sejenis bahan pembersih) agar daging babi ini menyerupai daging lembu.

“Ada tekniknya dengan menggunakan boraks ini. Diolah kemudian menyerupai daging sapi dan dijual seharga daging sapi,” jelas polis, Hendra.

Pada saat dijual di pasar, para pelaku menyebut daging itu sebagai daging lembu. Hendra mengatakan, diduga daging itu telahpun dijual kepada para pembeli yang tergolongd aripada keluarga dan penjual bakso.

Pelaku telah ditahan dan berhadapan dengan 5 tahun penjara. Polis juga menambah bahawa ada kemungkinan masih terdapat pelaku lain dan kini sedang menjalankan penyiasatan sejauh mana pemasarannya itu.

Allahuakbar, tergamak  betul gunakan taktik kotor demi nak dapatkan ‘jalan pintas’ raih keuntungan.

 

Baca : “Kurang ajar!”- [VIDEO] Viral Motosikal Anggota Majlis Perbandaran Kajang Dilumur Daging Babi!

Capture 10