in

“Kurang ajar!”- [VIDEO] Viral Motosikal Anggota Majlis Perbandaran Kajang Dilumur Daging Babi!

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melampau!


Hanya sebab tak puas hati terhadap anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang keluarkan saman parking di kawasan perumahan di Cheras, Kajang, dua buah motor milik anggota MPKj dilumur dan diletakkan daging babi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi semalam, dipercayai dilakukan segelintir individu sebagai tanda protes mereka terhadap anggota terbabit, lapor Harian Metro.

Daging babi itu bukan saja diletakkan di bahagian tempat duduk motosikal, malah di dalam topi keledar.”

78557678 2560119110886222 8166014533836472320 O
Sumber: facebook
78339003 2560119410886192 7323861143187881984 O
Sumber: facebook
78260624 2560119280886205 304484963351265280 N
Sumber: facebook

Sumber MPKj memaklumkan yang mereka percaya kejadian ini sebagai tanda protes segelintir pihak yang tak puas hati tindakan penguatkuasaan dilakukan anggota MPKJ di kawasan perumahan dan komersial berkenaan.

“Sebelum ini, kami sudah menangguhkan tindakan penguatkuasaan selama sebulan yang tamat pada bulan lalu.

“Namun apabila tindakan diambil terdapat segelintir bertindak sedemikian dan kejadian itu hanya disedari anggota penguat kuasa apabila mereka kembali semula ke motosikal selepas mengeluarkan saman.”

Malah ada video yang menunjukkan anggota penguatkuasa terpaksa samak motosikal mereka dengan air lumpur di bengkel cuci kenderaan, ekoran kejadian tersebut.

78263053 2560119347552865 6533255206996541440 O
Sumber: facebook
78314518 2560119204219546 7075607497993617408 N
Sumber: facebook
79136858 2560119137552886 4767391540823719936 O
Sumber: facebook

Laporan polis berhubung kejadian tersebut telah di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan telah disakhkan Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

 

Too much!

Baca : Ada darah BABI- Betulkah Ah Cheng Laksa Tak Halal? Ini Jawapan JAKIM, Rupa-rupanya

Ah Cheng

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.