in

Peniaga Bundle Tawar Topi Dengan Harga RM800k, Dakwa Dibuat Sebelum Perang Dunia Ke-2

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demo tak kenal bare! Ini ungkapan yang sering diucapkan oleh para peniaga barangan terpakai atau bundle kepada mereka yang tidak tahu menilai harga barangan lama. Kadang kala, harga barang ‘rare’ diletakkan dengan harga yang sangat tinggi.



Terbaharu, seorang peniaga barangan bundle yang agak dikenali di media sosial menawarkan harga untuk topi keluaran lama semahal kereta Ferrari terpakai!

Menurut peniaga bundle ini, topi yang tertera dengan tulisan Pepsi Cola serta rekaan klasik itu dikeluarkan sebelum Perang Dunia ke-2 lagi. Jadi, harga yang ditawarkan adalah berdasarkan nilai ‘rare’ dan keunikan topi itu sendiri.

1 1

Lebih mengejutkan, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM800,000. Rata-rata pengguna media sosial yang lain terkejut dengan harga yang ditawarkan, dan ada juga yang mempertikaikan keadaan topi itu yang kelihatan baharu meskipun didakwa dibuat sebelum Perang Dunia Ke-2.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mempertikaikan harga yang ditawarkan adalah terlalu mahal. Ada juga yang mendakwa itu hanyalah satu gimik oleh peniaga tersebut.

“Harga betul-betul mahal ni, nak pula orang beli dengan harga sebiji banglo ni. Sampai RM800,000 harga sebiji topi. Kalau kaya macam mana pun tak kan aku beli semata-mata nak pakai di kepala, habis tidak simpan dalam almari, ” tulis Mustakim Burger.

“Tak beragak abang ni, tapi golongan ni tak boleh tegur nanti ada lah cakap ‘demo tak kenal bare’”, jelas seorang pengguna media sosial.

Demo tak kenal bare!

Kredit: Kosmo

BACA: Tular Gambar Jalan Berlubang Ditutup Pakai ‘Baju Bundle’, Netizen Tanya Mana YB

Capture 9

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.