in

Masih Elok, Seluar Jeans Levis Dari Kurun Ke-19 Dilelong Dengan Harga RM400,000

1Jeans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat barangan bundle pasti akan suka bila dapat barang yang rare ataupun vintage. Mana tidaknya, bukan semua orang ada simpan barangan lama yang dalam keadaan masih elok.


Baru-baru ini, sepasang seluar jeans jenama Levi’s dari kurun ke-19 telah ditemui di dalam lombong lama dan telah dilelong pada harga USD 87,400 (kira-kira RM409,000).

Screenshot 2022 10 15 At 10.57.29 Am

Memetik laporan CNN, seluar jeans yang masih dalam keadaan elok itu dijumpai oleh ahli arkeologi denim, Micheal Harris ketika melakukan ekskavasi di barat Amerika Syarikat. Seluar itu telah dijual ketika Durango Vintage Festivus iaitu sambutan denim empat hari di Aztec, Mexico.

Screenshot 2022 10 15 At 10.57.44 Am

Sebagai seorang ahli arkeologi denim, Harris telah meneliti sekurang-kurangnya 50 lombong lama dan terbiar dalam tempoh lima tahun lalu bagi mencari seluar jeans tinggalan bekas pekerja lombong. Namun penemuan yang dilakukannya baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku memandangkan jeans itu masih dalam keadaan elok dan boleh dipakai.

Seluar jeans yang berusia lebih 140 tahun itu telah dibeli oleh dua orang individu iaitu Hyle Hautner dan Zip Stevenson. Stevenson yang memiliki dan mengendalikan kedai pembaikan denim di Los Angeles berkata seluar itu boleh dipakai dan hanya perlu melalui beberapa pembaikkan kecil.

Screenshot 2022 10 15 At 10.57.37 Am

Seluar jeans itu kini disimpan di dalam sebuah peti kebal berhampiran Denim Doctors, kedai milik Stevenson dan orang ramai hanya boleh melihatnya melalui temujanji.

 

Baca: Lelaki Ini Beli Seluar Jean Bundle Dengan Harga RM15K, Demo Tak Kenal Bare!

Screenshot 2022 10 15 At 10.55.46 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.