in

Lelaki Ini Beli Seluar Jean Bundle Dengan Harga RM15k, Demo Tak Kenal Bare!

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demo tak kenal bare!


Inilah ungkapan yang boleh menggambarkan kesanggupan seorang peminat pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai bundle selepas dia membeli seluar jean jenama Levi’s dengan harga RM15,000.

Individu yang berusia 39 tahun tersebut , Lokman Alias, berkata dia membeli seluar jean Levi’s Big Epack 1954 itu pada tahun 2018.

Jelas penggemar pakaian terpakai ini, dia membeli seluar tersebut dari seorang kenalan yang merupakan pengumpul seluar jean Levi’s di Pasir Mas, Kelantan.

1 11

Disebabkan harga sebanyak RM15,000 itu terlalu mahal, Lokman mengambil masa selama dua tahun untuk membayar secara ansuran kepada penjual tersebut.

“Seluar itu dibeli dengan harga RM15,000 sehelai secara ansuran dan dalam tempoh dua tahun ia habis dibayar”

“Nak beli tunai saya tidak mampu oleh itu pemilik asalnya bersetuju menjual seluar itu secara ansuran kepada saya,” katanya.

Apabila ditanya mengenai harga seluar yang terlalu mahal, Lokman menjelaskan barang unik seperti seluar yang dibelinya itu akan menjadi lebih mahal dari semasa ke semasa.

“Berbaloi membeli seluar jean Levi’s itu kerana nilai dan harganya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Semakin lama ia disimpan semakin ia bernilai dan mahal”

“Terkini seorang peminat dan pengumpul seluar Levi’s menawarkan RM18,000 untuk membeli seluar itu, tetapi saya tidak bersedia untuk menjualnya,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan seluar dan baju terpakai yang berharga mahal bukanlah dibeli untuk dipakai, namun akan dijadikan sebagai koleksi peribadi.

Kredit: Harian Metro

BACA: Peniaga Bundle Tawar Topi Dengan Harga RM800k, Dakwa Dibuat Sebelum Perang Dunia Ke-2

Cover 11

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.