in

Pengembara Yang Pernah Dijangkiti Covid-19 & Telah Divaksin KKM Kini Tak Perlu Lagi Jalani Kuarantin Wajib

Fi Pengembara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kenyataan media telah pun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada petang semalam berkaitan dengan prosedur kemasukan ke Malaysia bagi pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19.


Menurut kenyataan media tersebut pihak KKM memaklumkan bahawa Malaysia masih lagi mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba ke Malaysia. Ia bagi mengurangkan risiko pengimportan kes jangkitan Covid-19 serta mengelakkan berlakunya penularan jangkitan virus tersebut. Oleh hal yang demikian, kes dengan ujian RT-PCR positif tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga mengambil pendekatan mengenai pengembara yang tiba di Malaysia dengan sejarah jangkitan virus tersebut. Pendekatan tersebut diambil berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19.

  • Pengembara mestilah telah menerima vaksin lengkap bersama dengan bukti penerimaannya.
  • Pengembara perlu mengemukakan bukti yang telah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital
  • Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 perlu mengemukakan surat “Fit to Travel” daripada pengamal perubatan di hospital terbabit.

Di samping itu, pengembara yang menjalani isolasi atau kuarantin di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti virus Covid-19 dan tidak dimasukkan ke hospital hendaklah menjalani ujian saringan RTK antigen (Ag) profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia. Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja yang dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

Ketiga-tiga dokumen di atas hendaklah dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan pihak kesihatan di pintu masuk sekiranya diminta.

Selain itu, kenyataan media tersebut juga ada menyenaraikan beberapa keperluan yang perlu dipatuhi semasa tiba di Malaysia.

Fi5Prvxakaai2Jo  Fi5Prvwauacghyj

Fi5Prvxacaes Wn

Pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari serta telah lengkap vaksinasi pula kini tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib tetapi masih perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK (Ag) di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Manakala, pengembara yang masih belum lengkap divaksinasi atau tidak divaksinasi akan dikenakan kuarantin wajib selama 7 hari di stesen kuarantin dan perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK (Ag) di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di PMA.

Bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti pula, ketetapan semasa masih lagi diguna pakai. Pengembara juga diingatkan agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. KKM juga menyarankan orang ramai yang layak menerima vaksin untuk mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optima serta memutuskan rantaian jangkitan tersebut.

Prosedur tersebut mula berkuat kuasa pada hari ini Khamis, 13 Januari 2022.

Baca: Pakar Saran Buat Ujian Kendiri Covid-19 Tiga Hari Berturut-turut Untuk Kesan Omicron

Baca Covid 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.