in

Pakar Saran Buat Ujian Kendiri Covid-19 Tiga Hari Berturut-turut Untuk Kesan Omicron

Ujian Kendiri Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia, Kumeta Theva Das baru-baru ini telah menyarankan orang ramai supaya melakukan ujian kendiri selama 3 hari berturut-turut bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 terutamanya varian Omicron.



Menurut beliau, saranan ini diberikan kepada mereka yang sering ataupun banyak menghabiskan masa di luar rumah dan berada di kawasan yang mempunyai ramai orang atas tuntutan kerja dan sebagainya.

Tambah beliau lagi, varian Omicron ini boleh dikenalpasti selepas 3 hari daripada hari berlakunya jangkitan manakala untuk varian Delta pula, ia biasanya akan ‘kelihatan’ selepas hari ke-4.

Self Test Kit

Sementara itu, pakai virologi tersebut juga menasihatkan supaya ujian kendiri dilakukan seminggu sekali untuk mereka yang jarang keluar rumah tetapi tinggal bersama ahli keluarga atau mereka yang banyak menghabiskan masa di luar.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi peringatan supaya berhati-hati terhadap ujian yang mendapat keputusan negatif pada peringkat awal kerana ada beberapa kes yang dilaporkan negatif (menerusi ujian kendiri) namun menunjukkan keputusan positif selepas melakukan ujian Rt-PCR.

Tambahnya lagi, ini kerana keputusan ujian PCR adalah bergantung kepada kandungan virus yang terdapat pada sampel calitan untuk membolehkan ianya dikesan manakala ujian kendiri mengunakan air liur berkemungkinan besar tidak dapat mengesan virus pada peringkat awal kerana kandungannya terlampau sedikit.

Swabtest 1601387664

Disebabkan ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengadakan ujian kendiri selama 3 hari berturut-turut selepas mengesyaki diri mereka telah dijangkiti.

Merujuk kepada sebuah ciapan di Twitter, menurutnya pengguna twitter ini mempunyai nilai Ct antara 36 hingga 37 yang menunjukkan ianya berkemungkinan jangkitan baru berlaku atau mungkin ianya hampir berakhir.

Menjelaskan tentang nilai Ct, ia adalah ‘cycle treshold’ yang biasanya menjadi rujukan untuk menilai jumlah atau ‘kekuatan’ virus dalam badan. Dalam masa yang sama, ini bermaksud sekiranya nilai Ct adalah terlalu sedikit, ianya mungkin tidak langsung dikesan oleh ujian antigen.

Baca : Doktor Pakar Thailand Ramal Varian Omicron Mungkin Penamat Covid-19

Ft Varian Omicron Mungkin Pendorrong Endemik

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.