Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memohon maaf berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’. Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Kee Kan selama 15 minit di Istana Negara, hari ini.
Artikel berkaitan : [TERKINI] Pengasas KK Mart & Isteri Mengaku Tidak Bersalah Hina Agama Islam
Artikel berkaitan : Isu Stoking Kalimah Allah: KK Supermart Saman Syarikat Pembekal RM38 Juta
Dalam pertemuan itu, baginda bertitah semua pihak termasuk KK Mart perlu lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual terutamanya barangan import bagi mengelak perkara sedemikian berulang.
“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.”
Dalam pada itu, baginda turut menegaskan bahawa tidak ada pihak yang cuba ambil kesempatan berkenaan dengan perkara ini termasuklah menghasut rakyat dan baginda tidak mahu perkara ini berlarutan.
Sumber : Berita Harian