in

Pengantin Sunti 17 Tahun Mati Pada ‘Malam Pertama’ Dibunuh Suami, Sebab Tak ‘Berdarah’

Pengantinmati 1

Sebelum cerita ni mula, ada sedikit pesanan buat kaum adam diluar sana, jangan terlalu mudah untuk jatuh hukum terhadap seseorang wanita dan paling penting, jangan terlalu ignorant untuk kenal serba sedikit berkenaan dengan perihal dalaman wanita.

Begitu sadis sekali dengan apa yang menimpa pada pengantin malang ini, gadis sunti dituduh tidak suci pada malam pertama perkahwinannya. Lebih mendukacitakan lagi, gadis 17 tahun ini dibunuh. Kejadian ini berlaku di India

 

Tak ada tompokan darah.

Pengantinmati
Sumber : twitter

Tanggapan typical lelaki diluar sana adalah seseorang wanita itu suci kalau ada tompokan darah saat melakukan persetubuhan, kalau tak ada maknanya wanita itu tipu sebab dah pernah ‘buat’.

Disebabkan skeptikal sebegitu, wanita tersebut tak mampu membuktikan bahawa dirinya masih suci dan tidak pernah ‘disentuh’ lagi.

Marah apabila mengetahui perkara tersebut, dia bertindak di luar kawalan sampai gadis itu terbunuh. Sebagai kaum hawa yang masih muda, sudah semestinya dirinya begitu lemah untuk mempertahankan diri.

 

Selaput dara tak semestinya pecah disebabkan hubungan seks.

Meh sini admin bagi sedikit info, selaput dara ini merupakan satu lapisan bahagian rahim, ya ia akan pecah jika seseorang itu mula melakukan hubungan intim. Tapi itu salah satu penyebab sahaja.

Tapi, sumber menjelaskan bahawa seseorang itu pecah dara disebabkan beberapa aktiviti seperti menunggang kuda, bersukan atau menggunakan tampon. Ini selalu digunakan oleh atlet wanita.

Malah jika terlalu aktif seperti bersukan juga boleh jadi penyebab pecah dara. Ada setengah wanita tak perasan bahawa mereka dah pecah dara sebab ia tidak mendatangkan kesakitan atau pendarahan tanpa disedari.

Jadi, tak semestinya jika seseorang itu pecah dara, diri mereka dah tak suci. Kaum lelaki patut hentikan membuat tanggapan sebegini. 

Biarpun ianya tak berlaku di Malaysia, harap dapat jadikan pengajaran dan dapat membuka minda dengan lebih luas.

 

Baca : Polis Wanita Kena Jolok Dua Jari Dalam Kemaluan Untuk ‘Test’ Dara

Testdara