in

“Pengadu tarik balik laporan polis” – Status Kes Jenayah Seksual Da’i Syed Bakal Diketahui 31 Mei

Kes Dai Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kes jenayah seksual Da’i Syed yang heboh pada tahun 2020 dahulu semakin kurang diperkatakan di media sosial dan Da’i sendiri masih aktif menjalankan perniagaannya seperti biasa.


Baru-baru ini menurut Bernama, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful akan mengetahui pada 31 Mei ini sama ada 2 pertuduhan jenayah seksual yang dihadapinya akan diteruskan dengan perbicaraan atau ditarik balik.

Dai

Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat berkata pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

Menurut beliau lagi, arahan lanjut berhubung perkara itu belum diperoleh daripada ibu pejabat iaitu dari Jabatan Peguam Negara dan beliau turut memohon satu tarikh lain ditetapkan dalam tempoh sebulan. Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal berkata kes itu telah dipertimbangkan sebelum ini dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.

Pada 20 April lepas, mahkamah menangguhkan perbicaraan kes kepada 17 Mei berikutan saksi yang juga mangsa dalam kes itu tidak hadir prosiding pada 20 April 2022. Da’i Syed didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Dai Syed

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-dua hukuman jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Syed Amirul berkata walaupun pengadu telah menarik balik laporan polis, pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa meneruskan pendakwaan terhadap anak guamnya.

Harapnya kes ini dapat diselesaikan dengan segera!

Baca: “Mengaku Tak Bersalah, Dai Syed Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Tapi Dengan Syarat”

Bawah 7

Sumber: BERNAMA
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.