Opss! Tun M baru je dedahkan kononnya ‘taktik kotor’ PM Najib kat sebuah portal online!
Awal pagi tadi, bekas Perdana Menteri kita, Tun M nampaknya telah mengeluarkan sebuah artikel di Malaysiakini yang mendedahkan 13 ‘modus operandi’ PM Najib gunakan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Berikut apa yang ditulisnya:
“Apakah jenis penipuan yang sedang dilakukan Najib. Saya senaraikan di bawah penipuannya.”
- Senarai pengundi dah diubah sampaikan 4 juta orang tak ada alamat penuh.
- Terdapat beratus-ratus pengundi yang ada nama sama, umur sama tapi tinggal kat negeri yang berlainan.
- Lebih mengejutkan, ada 70 pengundi yang punyai alamat sama dan berlainan kaum. Tapi bila diselidik, dua orang je rupa-rupanya tinggal kat rumah tu.
- Jumlah pengundi pos dan pengundi awal dikatakan bertambah 1 juta. Tapi cara mengundi pos agak tak jelas dan terbuka untuk penipuan.
- Peti undi ni boleh disembunyikan dari pemerhatian parti lawan. Ada jugak kemungkinan kertas undi ditambah dalam undi pos ni.
- Sempadan kawasan pilihan raya diubah supaya kaum-kaum dekat Malaysia ni diasingkan. Menurut Najib, orang Melayu mudah kena sogok supaya mengundi BN dan orang Cina pulak paling susah nak disogok kalau dilihat pada PRU13 dulu.
- Pengundi terutamanya kakitangan Kerajaan dah ditakut-takutkan dengan dakwaan yang kononnya Najib tahu siapa undi siapa. Pegawai dan kakitangan Kerajaan ni dah diberi amaran oleh PM Najib sendiri supaya mereka mesti undi BN, kalau tidak tindakan akan diambil terhadap mereka. Tapi sebenarnya tak ada siapa pun akan tahu korang undi siapa bila perkiraan tu dibuat.
- Bantuan wang parti lawan dah disekat LHDN dan MACC pulak tambah cukai atau beku wang di bank supaya perniagaan tak dapat diteruskan.
- Pemimpin parti lawan tak boleh mendekati atau berkawan dengan rakan-rakannya. Kontrak, perniagaan, hutang bank kawan-kawan pemimpin parti lawan akan dihentikan kalau dorang ni masih berjumpa satu sama lain.
- Manakala PM Najib pula ada banyak wang yang diseleweng dari 1MDB dan dana-dana kerajaan.
- PM Najib dan UMNO secara terbuka sogok wang dan barangan kepada bakal pengundi. Tapi SPRM dan polis tak dibenar ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
- Tempat mengundi dah ditukar tanpa diberitahu pengundi. Bila mereka ke tempat mengundi yang biasa pergi, nama dorang tak ada di situ. Tempat undi pulak diubah jauh dari tempat tinggal. Last-last tak pergi mengundi.
- Hari mengundi yang diadakan pada hari Rabu adalah salah satu cara PM Najib menyekat rakyat dari mengundi. Kata Tun M, “Ya, semasa saya jadi PM pernah hari mengundi ditentukan pada hari Isnin. Tetap diberi cuti pada hari itu.”
“Jangan takut. Undi biasa di tempat mengundi adalah rahsia. Jika kelebihan mengatasi 10,000 bagi Pakatan Harapan (lebih margin undi), undi pos tidak akan mencukupi untuk disumbat ke dalam peti undi.
“Jika (anda) disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib. Pengundi tak perlu berterima kasih kepada Najib atau mengundi BN.”
Panas? Tergempar? Apa pendapat anda tentang pendedahan Tun M ni? Kongsikan dengan kami di ruang komen.
Baca: TERKINI: PRU14 Akan Diadakan Pada 9 Mei