in

“Pencuri pun prihatin” – Pencuri Sanggup Patah Balik Semata-mata Nak Marah ‘Owner’ Sebab Tinggal Anak Kecil Dalam Kereta

Ft Kereta Final

Seorang wanita dari Amerika Syarikat ini berhadapan situasi yang mengelirukan sama ada dia patut memarahi atau berterima kasih kepada seorang pencuri keretanya dalam kejadian rompakan kereta di sebuah pasar raya baru-baru ini.

 

Ibu sibuk shopping, anak tinggal dalam kereta 

Memetik laporan Fox 32, kejadian mencuri kereta oleh seorang lelaki yang tidak dikenali itu berlaku pada hari Sabtu yang lepas, kira-kira pukul 9.00 pagi. Pada ketika itu, si ibu sedang sibuk membeli belah di dalam sebuah pasar raya dan meninggalkan anak lelakinya yang berusia 4 tahun dalam kereta yang tidak dimatikan enjin. 

Kereta 1 1

Seorang lelaki kemudiannya telah memecah masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) milik mangsa dan memandunya pergi dari kawasan pasar raya itu tanpa menyedari kehadiran si anak yang ditinggalkan di dalam kereta yang sama.

Sebaik sahaja dia menyedari kehadiran anak kecil itu, suspek kemudiannya berpatah semula ke pasar raya berkenaan. 

 

Marah si ibu, siap ugut nak call polis

Prihatin dengan kebajikan kanak-kanak itu yang ‘selamba’ ditinggalkan di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa, suspek bertindak menengking dan memarahi si ibu. Bukan itu sahaja, dia juga turut mengugut untuk menghubungi pihak polis untuk melaporkan tindakan tidak bertanggungjawab si ibu yang meninggalkan anaknya di dalam kereta. 

Dia (suspek) masuk ke dalam kereta, memandu pergi, sedar ada kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dalamnya, dan dia berpatah balik dan mengarah wanita itu mengambil keluar anaknya dari kereta berkenaan sebelum memandu pergi semula. 

Menurut pihak polis Oregon, Beaverton Police Officer Matt Henderson, pihak mereka bersyukur suspek mempunyai sifat ‘bertimbang rasa’ untuk mengembalikan si kecil ke pangkuan ibunya.

Menurut wanita itu, anaknya itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun, dia mengaku telah membuat kesalah yang ‘besar’ dengan meninggalkan anaknya di dalam kereta.

Sebagai ibu, kita sentiasa sibuk dan kita ingat hanya nak masuk ke dalam sekejap sahaja. 

Tambahnya lagi,

Ini adalah pengajaran terbaik apabila kita tidak berjaga-jaga dan macam mana buruknya keadaan ini boleh berlaku. 

 

Kereta berjaya dijumpai, suspek masih hilang

Walau bagaimanapun, kereta jenis SUV 2013 Honda Pilot tersebut telah berjaya ditemui beberapa jam kemudian namun kelibat suspek tidak kelihatan.

Pihak polis di sana kini giat menjalankan siasatan untuk mengesan keberadaan suspek walaupun ‘niatnya’ baik dengan memulangkan semula anak mangsa.

Baca: Perompak ‘Baik Hati’ –  Kembali Ke Kedai, Pulangkan Simcard Lepas Curi Telefon Pekerja

Baca Curi

Sumber: Fox 32