in

Perompak ‘Baik Hati’ Kembali Ke Kedai, Pulangkan Simcard Lepas Curi Telefon Pekerja

Gaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Perompak 'Baik Hati' Kembali Ke Kedai, Pulangkan Simcard Lepas Curi Telefon Pekerja
Loading
/

Setiap hari ada sahaja kita dengar kes kecurian berlaku dalam negara. Ini kerana masih wujud segelintir individu yang rancak merompak sana sini demi mendapatkan wang segera dengan mudah. Pun begitu, jarang sekali kita dengar ada pencuri yang ‘baik hati’ memulangkan semula barang kepunyaan pemilik barang yang dicuri.

Menurut Harian Metro, dua orang pekerja di kedai serbaneka 24 jam berdepan detik cemas apabila premis perniagaan tempat mereka bekerja disamun oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau. Kejadian yang berlaku jam 5:30 pagi itu melibatkan sebuah kedai 7-Eleven yang bertempat di Jalan Maarof, Bangsar Park.


E3 1
sumber: facebook
E1 2
sumber: facebook

Lelaki yang memakai jaket hitam dan bertopi keledar putih itu berpura-pura memasuki premis sambil berjalan dengan selamba sebelum mengacukan pisau pemotong sayur kepada salah seorang pekerja yang bertugas di kaunter bayaran.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditemui, video berdurasi 1 minit 9 saat itu menunjukkan pencuri tersebut merampas sejumlah wang tunai dari kaunter selepas mengacu pisau ke arah pekerja terbabit. Dia juga telah merampas dua telefon pintar milik pekerja berkenaan sebelum keluar melarikan diri.

Sumber: Facebook

Pencuri kebiasaannya tidak akan kembali lagi ke tempat kejadian selepas merompak atau menyamun premis yang terlibat. Pun begitu, tidak disangka-sangka pencuri bertopi keledar tersebut kembali ke premis itu pada jam 12:10 tengah hari untuk mengembalikan kad sim milik pekerja di situ! Hahahaha boleh plak patah balik!

Selepas menyerahkan kad sim kepada pekerja itu, lelaki tersebut segera beredar meninggalkan premis berkenaan. Difahamkan, pemilik premis dan dua pekerjanya telah kerugian sebanyak lebih daripada RM1,300 sewaktu kejadian dan telah membuat laporan di Balai Polis Travers jam 4:45 petang pada hari yang sama.

E5 1
sumber: facebook

Pihak polis kini sedang menyiasat dan menyemak rakaman kamera litar tertutup di premis berkenaan bagi mengenalpasti dan mengesan suspek yang terlibat.

Semoga pihak polis dapat mengesan individu yang terlibat dan menangkap suspek dengan segera!

Tonton video di bawah:

Sumber: Facebook

Baca: Lelaki Rompak 10 Utas Rantai Emas Berharga RM50,000 Dalam Masa 15 Saat!

Haha 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.