in

Pencuri ‘Panas’, Pulangkan Duit Gelang Emas Lepas Wanita Minta Ustaz & Pelajar Tahfiz Buat Solat Hajat

Cats 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada barang yang hilang, kita mesti nak carinya dengan bersungguh-sungguh. Mana taknya, barang yang kita beli tu merupakan hasil titik peluh sendiri. Jangan dilupakan juga, kita perlu berikhtiar dengan memohon pertolongan Allah agar barang hilang tu segera dijumpai.

Macam seorang wanita ini, dia meminta pertolongan ustaz dan pelajar tahfiz untuk buat solat hajat bagi menemukan gelang emas milik adiknya yang dicuri lima bulan lalu.


2446062

Pada awalnya, gelang bernilai RM8500 itu hilang sewaktu dia dan adiknya pulang dari sebuah kedai aksesori kereta di Terengganu.

Namun begitu, kehilangan gelang tu hanya disedari adiknya selepas sampai ke rumah di Kuala Nerus.

“Adik saya sedar gelang dia dah tak ada semasa beli makanan di warung berdekatan rumah. Masa nak keluarkan duit dari handbag, dia perasan gelang tu dah hilang.”

Jadi, mereka memulakan usaha pencarian di lokasi yang mereka singgah dulu iaitu di pusat pameran dan aksesori kereta.

“Sebelum hilang tu kami ada singgah di pusat pameran untuk ambil kereta baharu dibeli adik saya. Kemudian kami berempat pergi ke kedai aksesori pula bersama ibu dan sesupu saya.”

Jelasnya lagi, adiknya kali terakhir melihat gelang emas tu ketika dia tertinggal beg tangannya dalam kereta barunya di kedai aksesori tersebut. Malangnya, setelah segala usaha pencarian dilakukan, gelang tu masih belum dijumpai.

Artikel berkaitan: “Tak pernah minta apa-apa dekat ayah” – [VIDEO] Gadis Menangis Dapat Hadiah Birthday Gelang Emas Dalam Kotak Facemask

Artikel berkaitan: “Minta gelang dan cincin emas sbb duit tak cukup” – 3 Anggota PGA Ugut Pasangan Kekasih Berdua-duaan Dalam Kereta

Jadi, dia meminta beberapa buah tahfiz dan ustaz untuk buat solat hajat bagi menemukan gelang tu. Namun baru-baru ni, adiknya dikatakan hampir lima kali bermimpi wajah sama yang disyaki merupakan pencuri tersebut.

Disebabkan tu, dia sekeluarga menunaikan solat hajat selama 18 hari berturut-turut. Alangkah terkejutnya, gelang tu telah dipulangkan pencuri tersebut dalam bentuk duit.

2446063

“Semasa ayah keluar rumah, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan hitam dalam raga motor yang disorok bawah topi.”

“Ayah buka bungkusan tu depan kami dan semua orang terkejut apabila wang RM8500 ada dalam tu bersama satu nota bertulis, ‘Saya minta maaf atas kes’.”

Walaupun begitu, dia sekeluarga tetap rasa terkilan kerana pencuri tu dikatakan merupakan orang yang dikenali. Dia juga syak pencuri berkenaan berada dalam ketakutan sebab banyak posting yang dibuat mengenai gelang tu.

“Apa yang saya boleh katakan, berhati-hatilah dengan mereka yang pura-pura baik depan kita.”

Sumber: mStar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.