in

“Minta gelang dan cincin emas sbb duit tak cukup” – 3 Anggota PGA Ugut Pasangan Kekasih Berdua-duaan Dalam Kereta

Ft Pgaugut

Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berusia antara 27 hingga 33 tahun ditangkap selepas didapati memeras ugut sepasang kekasih yang sedang berdua-duaan dalam sebuah kereta. Menurut Berita Harian, ketiga-tiga anggota itu berpangkat Lans Koperal dan telah berbuat sedemikian di Tambak, Pontian pada jam 9 malam, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika kejadian tiga anggota PGA terbabit yang berpakaian preman telah mengugut agar pasangan tersebut memberikan mereka wang sebanyak RM5,000.

Pga2

Mereka melakukan pemerasan itu atas alasan agar tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pasangan kekasih tersebut termasuklah tidak dirujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya.

Bukan itu saja, disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi, mereka turut meminta barangan kemas mangsa wanita sebagai cagaran.

Disebabkan ketakutan, seorang daripada pasangan kekasih itu mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM)di sebuah bank dan menyerahkannya kepada anggota berkenaan.”

Anggota PGA berkenaan turut meminta gelang dan cincin emas yang dipakai mangsa wanita sebagai cagaran berikutan wang yang diberikan tidak cukup RM5,000.”

Emas

Selepas kejadian, kedua-dua mangsa dilepaskan dan terus ke balai polis untuk membuat laporan tentang apa yang telah berlaku kepada mereka itu. Susulan itu, polis telah berjaya mengesan dan menahan ketiga-tiga suspek pada hari yang sama.

Mereka kini direman untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas gelang serta cincin emas daripada salah seorang suspek. Katanya lagi,

Ketiga-tiga suspek juga sudah didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kulai pagi tadi, kerana ugutan.”

Semua suspek mengaku tidak bersalah dan diberi jaminan RM7,000 setiap seorang sementara menanti perbicaraan.”

Baca: 3 Lelaki & Anggota Polis Pangkat Konstabel Ditahan, Disyaki Samun Warga Nepal di Johor

Ft Samunnepal