in

“Untung orang Singapura” – Peminat Malaysia Cemburu Negara Jiran Dapat 6 Konsert Coldplay, Taylor Swift

Cats 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, jualan tiket untuk konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah pun habis terjual pada hari pertama tiket dijual.

Ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan meminta agar Coldplay serta pihak penganjur untuk mengadakan konsert untuk hari kedua.


Bagaimanapun, Coldplay lebih memilih untuk mengadakan konsert pada pelbagai tarikh di Singapura selepas pihak penganjur mengumumkan kumpulan itu akan mengakan konsert pada 6 tarikh yang berbeza iaitu pada 23 Januari, 24 Januari, 26 Januari, 27 Januari, 30 Januari dan 31 Januari tahun hadapan.

Terbaharu, penyanyi wanita terkenal, Taylor Swift turut mengumumkan akan mengadakan konsert Jelajah Era dan memilih Singapura sebagai salah satu lokasi.

Pada mulanya, pihak penganjur memaklumkan Taylor Swift akan mengadakan tiga konsert pada tarikh berbeza di Stadium Nasional Singapura iaitu daripada 2 hingga 4 Mac.

Namun selepas melihat sambutan yang sangat menggalakkan, pihak penganjur menambah lagi tiga tarikh iaitu pada 7 Mac, 8 Mac dan 9 Mac tahun hadapan.

Peminat Malaysia cemburu

Melihatkan kedua-dua Coldplay dan Taylor Swift lebih memilih Singapura sebagai destinasi pilihan, rata-rata peminat di Malaysia meluahkan rasa kecewa dan cemburu dengan peminat di Singapura.

Jelas seorang individu, dia memuji pihak penganjur di Singapura yang berjaya meyakinkan pihak Coldplay dan Taylor Swift untuk mengadakan konsert di negara mereka. Ini sekaligus akan meningkatkan lagi sektor pelancongan di negara itu.

Ada juga seorang individu berkongsikan pendapat mengapa Malaysia jarang dipilih oleh penyanyi luar negara. Jelas individu ini, Malaysia mempunyai peraturan yang ketat dan akan membataskan persembahan mereka kelak.

Sebagai contoh, penyanyi perlu berpakaian sopan, di samping tidak boleh membawa agenda tersembunyi seperti LGBT dan sebagainya.

Dengan nilai Ringgit yang semakin merudum, adakah masih ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk memberli tiket konsert Taylor Swift?

Apa pendapat anda tentang isu ini?

BACA: Coldplay Buat Konsert Sampai 6 Hari Di Singapura, Fans Malaysia Nak ‘Merajuk’

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.