Pemimpin UMNO, BN Mahu Najib Berundur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 kali ini setelah berkuasa 60 tahun memberi signal akan sesuatu yang tak kena dengan kepimpinannya. Bukan nak salahkan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak tapi inilah pandangan ahli-ahli parti UMNO dan BN berkenaan presiden parti ni.

UMNO Kedah, BN Pulau Pinang desak Najib letak jawatan

Menurut Berita Harian, Pemuda UMNO Kedah dan BN Pulau Pinang telah mendesak kepimpinan tertinggi UMNO di peringkat pusat untuk meletak jawatan, susulan daripada kekalahan teruk parti tu pada pilihan raya baru-baru ni. 



Sumber: Blog

Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar berkata, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas kekalahan ni dan parti BN perlukan penjenamaan baru untuk terus relevan dalam politik.

“Kita perlu seorang ketua baru secepat mungkin. Apa yang berlaku membuktikan rakyat bukan tidak mahu dengan parti, bukan sebab kita tidak bekerja, tetapi kerana ketua itu sendiri.

“Kita tidak mahu ketua yang bermasalah, sehingga menjejaskan imej parti. Ramai pemimpin yang berkaliber boleh menang, tetapi mereka ‘terkorban’,” katanya.

Khairy calon Pengerusi BN, UMNO baru 

Malah pihak dorang jugak berpendapat Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin adalah calon yang sesuai bagi ketua UMNO dan BN selain beliau jugak memang dapat sokongan kuat dari majoriti golongan belia. 



Sumber: The Star

Kenyataan ini jugak disokong Pemuda UMNO Kedah yang mintak Najib kosongkan jawatan beliau dan beri kepimpinan kepada mereka yang lebih muda.

“Kita tidak sanggup lagi menanggung liabiliti peribadi ini. Parti harus bingkas bangun dan melaksanakan transformasi menyeluruh.

“Harus diingat rakyat sudah menghakimi kita, sudah tentunya kita perlu muhasabah diri dan bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan,” kata Pemuda UMNO Kedah.

Berundur beri peluang orang baru

Manakala Pemuda UMNO Selangor pulak berpendapat Najib patut saja berundur supaya satu gerakan baru dapat dilaksanakan dalam parti. Ketua UMNO Bahagian Jelebu yang jugak kecewa dengan kekalahan mereka di Negeri Sembilan menyetujui tindakan yang sama lepas Datuk Seri Mohamad terpaksa meletak jawatan selepas gagal pertahan BN di negeri tu.



“Begitu juga di Negeri Sembilan, Tok Mat (Mohamad) adalah punca BN tewas. Selama ini BN tidak pernah jatuh kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber: Blog

PRU14 menyaksikan BN berkubur selepas 60 tahun memerintah dan hanya memenangi 79 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen serta hilang kuasa di negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Terengganu.

So macam mana orang UMNO? Betul ke korang memang tolak bekas PM, DS Najib Razak?

Baca: “Orang macam ni lah negara perlukan!” 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!