Pembunuhan Hwaseong: Selepas 33 Tahun & 8 Filem Diinspirasikan Dari Kes Ini, Suspek Rogol & Bunuh Akhirnya Ditemui!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita mungkin sangka kes pembunuhan terdahsyat di Korea ini akan menemui nasib yang sama seperti kes ‘The Zodiac Killer’ yang kekal tidak selesai hingga kini kerana sudah melewati puluhan tahun lamanya.

Namun nampaknya, ‘Hwaseong Murders’ atau tragedi pembunuhan di Hwaseong akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila pihak polis Korea telah mengesyaki seorang suspek yang mungkin boleh jadi pelaku kepada pembunuhan ini. 

 

33 tahun menghantui, kes Hwaseong antara pembunuhan terburuk pernah berlaku di Korea

Bagi yang masih samar-samar akan kes pembunuhan ni, biar admin recap sikit dekat korang tentang apa yang berlaku di Hwaseong lebih kurang 33 tahun lepas.

Sekitar antara tahun 1986 ke 1991, lebih 2 juta orang anggota polis telah ditugaskan untuk merekod setiap kes yang berlaku di Korea. Semua ini dilakukan dalam usaha untuk mencari suspek yang telah merogol serta membunuh wanita di daerah pedalaman Hwaseong, selatan Seoul. 

Sumber: CNN

10 wanita telah dibunuh dengan kejam dan mereka dikatakan berumur dalam lingkungan 14 hingga 71 tahun. Lebih menakutkan, mereka ini ditemui dalam keadaan mulut terikat, dicekik dengan pakaian mereka sendiri, dirogol dan kemudian dibunuh!

 

Selepas bertahun lamanya… suspek pembunuhan Hwaseong akhirnya ditemui?

Pada 27 Julai 1989, helaian rambut telah ditemui di crime scene pembunuhan ke-8 dan mengarah kepada penangkapan lelaki berumur 22 tahun bernama Yoon. Pun begitu, Yoon tidak dapat disabitkan kesalahan kerana tidak cukup bukti.

Malah pihak polis juga pernah mengesan sampel darah dan air mani dari tempat kejadian. Namun setelah dianalisis, tak ada satu pun sampel sepadan dengan suspek yang pernah ditahan.

Yang ada cuma lukisan wajah suspek daripada ingatan seorang pemandu bas dan konduktornya akan seorang lelaki yang dikatakan turun dari bas sebaik dia melakukan pembunuhan ke-7 pada 7 September 1988. 

Sumber: RT

Namun semuanya berubah pada 18 September 2019 lalu. Pihak polis Korea telah melaporkan bahawa lelaki berusia 56 tahun yang bernama Lee Choo-jae telah syaki sebagai suspek kepada pembunuhan ini. 

Sumber: Yahoo

Dia dikatakan ‘terkantoi’ apabila DNA lelaki tersebut ditemui pada seluar dalam salah seorang mangsa. Malah DNAnya juga dilaporkan ‘matched’ dengan bukti DNA yang ditemui pada mangsa ke-5, 7 dan 9. Wahhh! 

Malah ketika dia disyaki, suspek juga katanya sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Busan atas kes rogol dan bunuh kakak iparnya pada tahun 1994. Namun suspek menidakkan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut!

 

Suspek tidak akan didakwa di mahkamah kerana… ‘statue of limitations’? 

Meskipun suspek sudah ditemui, penjenayah ini katanya tidak akan dihukum atas kesalahannya kerana ‘statue of limitations’ bagi kes tersebut sudah tamat tempoh pada April 2006. Whaaat??

Statue of limitations ni ialah status pendakwaan sesuatu kes yang mana bagi Korea ia akan tamat selepas 15 tahun. Pun begitu, menurut CNN, pihak polis Korea akan tetap menjalankan siasatan.

Bagi yang tak tahu, pembunuhan Hwaseong ini telah menginspirasikan 8 buah filem/siri TV yang hebat-hebat belaka.

Berikut antara filem yang korang boleh layan masa weekend nanti: 

  • Memories of Murder (2003)
  • Confession of Muder (2012)
  • Gap-dong (2014)
  • Signal (2016)
  • Tunnel (2017)
  • Criminal Minds (2017)
  • Partners for Justice (2018)
  • Signal (2018, Japanese TV series)
Sumber: Facebook

Apa-apapun diharapkan semoga siasatan terhadap kes ini terus dijalankan dan keadilan dapat ditegakkan buat mangsa-mangsa yang terlibat. 

Baca: Tragedi ‘Hwaseong’: 2 Juta Polis Terlibat 20 Ribu Suspek Ditahan & 40 Ribu Cap Jari Diambil Tapi 10 Wanita Mati Sia-sia, Pembunuh Kekal Misteri.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!