in

Tragedi ‘Hwaseong’: 2 Juta Polis Terlibat 20 Ribu Suspek Ditahan & 40 Ribu Cap Jari Diambil Tapi 10 Wanita Mati Sia-sia, Pembunuh Kekal Misteri.

Featured 5

Umum mengetahui Korea Selatan sebagai negara yang mesti dilawati especially kepada peminat-peminat kpop, pencinta barangan kosmetik atau mereka yang berjiwa romantis.

Namun tak ramai yang tahu salah satu kawasan di negara ini menyimpan 1001 misteri yang belum terungkai sehingga kini iaitu insiden pembunuhan kejam ‘Hwaseong’.

**Kali ni korang boleh teruskan makan sambil baca artikel ni cuma kalau jenis cepat mual tu, min nasihatkan letak dulu makanan kat tepi yer.

 

Mayat-mayat diikat dengan pakaian mereka sendiri sebelum diperkosa dan dijerut sehingga mati

Kalau korang nak tau Hwaseong merupakan sebuah bandar yang terletak dalam daerah Gyeonggi, Korea Selatan dan kawasan ni berteraskan perladangan namun peristiwa yang berlaku di lokasi ini menjadikannya terkenal dalam sekelip mata bukan sahaja di Korea Selatan tapi juga di seluruh dunia pada ketika itu.

Peristiwa hitam tersebut berlaku antara tahun 1986 hingga 1991 dimana dalam tempoh tersebut berlaku kejadian bunuh yang dikatakan sebagai pembunuhan bersiri terbesar dalam lipatan jenayah negara republik itu.

10 mayat wanita berusia antara 14 tahun sehingga 71 tahun ditemui dengan corak pembunuhan yang sama.Mayat-mayat ditemui dalam keadaan diikat dengan pakaian mereka sendiri dan didapati telah diperkosa dan dijerut sehingga mati.”

 

Mayat pertama wanita 71 tahun diikat dengan pakaiannya sendiri, dirogol dan dicekik sampai mati

1A4Ad2D5F376D80E96082407Db58562Dca191A1F Hq
Gambar hiasan

Kejadian pembunuhan pertama berlaku pada 15 September 1986 iaitu apabila Hwaseong dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita di kawasan sawah padi.

Sewaktu dijumpai, mayat itu diikat dengan pakaiannya sendiri. Selepas siasatan dilakukan mangsa dikenali sebagai Lee Wan Im, berusia 71 tahun dan didapati mayat tersebut telah dirogol dan dicekik sehingga mati.

Korang bayangkan, belum settle lagi kes pertama, muncul kes kedua melibatkan penemuan satu mayat wanita berusia 25 tahun sebulan kemudian. Mangsa, Park Hyun Sook ditemui dalam keadaan yang serupa dengan mayat yang pertama.

Lepas dua kejadian bunuh ni berlaku, baru pihak polis sedar yang ‘satu pembunuhan bersiri’ baru muncul dan berkemungkinan akan ada mangsa lain. Ternyata apa yang mereka sangkakan itu tepat!

Police 1759633I
Gambar hiasan

Seterusnya pada 12 Disember tahun yang sama, mayat ketiga dikenali sebagai Kwon Jung Bon berusia 25 tahun pula ditemui.

Tak habis kes ketiga ini, muncul kes keempat dua hari kemudian melibatkan mayat seorang gadis dikenali sebagai Lee Kye Sook berusia 23 tahun..Eh berani betul penjenayah ni!

Mayat-mayat ini ditemui dalam keadaan yang sama. Mereka diperkosa, diikat kemudian dicekik sehingga mati dengan pakaian mereka sendiri.

 

Kes dapat liputan meluas, 2 juta anggota polis dikerah!

Lepas je 4 kejadian pembunuhan tersebut berlaku, kes-kes tersebut mula mendapat liputan meluas sehinggakan rakyat menjadi takut untuk keluar dan melakukan aktiviti seharian, terutamanya penduduk di Bandar Hwaseong.

Disebabkan kejadian tersebut berlaku dalam tempoh masa yang singkat, siasatan besar-besaran segera dilakukan dengan melibatkan jumlah anggota polis yang cukup ramai sehingga lebih 2 juta anggota polis bagi menangkap pembunuh bersiri tersebut.

Image 1
Gambar hiasan

Namun, ianya tidak mudah yang disangka meskipun melibatkan keanggotaan yang ramai.

Ini disebabkan :

1. Kemampuan penyiasatan yang terhad (especially kepakaran dalam profiling)
2. Teknologi yang masih rendah (menyukarkan lagi kerja-kerja penyiasatan)
3. Kes paling besar dan paling rumit (tak pernah lagi polis berhadapan dengan kes seperti ini sebelum ini)

Ketika pihak polis masih buntu mengesan penjenayah, mayat kelima pula ditemui pada 10 Januari 1987. Mangsanya melibatkan gadis berusia 19 tahun, Jong Jin Young.

Beberapa bulan kemudian muncul pula mangsa keenam, Park Eun Joo, berusia 29 tahun. Ia diikuti dengan penemuan mayat ketujuh, Ahn Gi Soon berusia 54 tahun, pada 7 September.

 

Polis berjaya tangkap seorang pemuda, suspek penjenayah tapi..

Tidak sampai 10 hari kemudian, mayat remaja berusia 14 tahun pula ditemui.

Penemuan mayat Park Sang Hee pada 16 September itu membawa kepada penangkapan seorang pemuda berusia 22 tahun apabila polis menemui rambutnya ditempat kejadian.

Tapi tak semudah itu sebab pemuda tersebut dibebaskan lepas siasatan mendapati dia tiada kaitan dengan pembunuhan bersiri tersebut..Aduhh sikit je lagi.

Dyokl4 Ucaaijvg
Sumber : google

Tapi lepas penemuan mayat kelapan tersebut, tiada lagi kes pembunuhan atau mayat yang ditemui dalam waktu terdekat tapi itu tak membuatkan pihak polis berhenti menyiasat. Sebaliknya mereka masih melakukan penyiasatan secara besar-besaran..Iyelah, penjenayah tak jumpa lagi kot.

Korang nak tau fakta menarik pasal pembunuhan ni tak? Nah baca ni!

1. Libatkan lebih 2 juta anggota polis dan penyiasat
2. Menahan lebih 20 ribu suspek
3. 40 ribu diambil cap jari
4. 570 sampel darah diambil
5. 180 sampel rambut dianalisis

Namun polis masih GAGAL mengesan penjenayah.

Tak lama lepas tu, dua tahun kemudian iaitu pada 15 November 1990 mayat seorang remaja perempuan, Kim Mi Jung berusia 14 tahun ditemui, menjadikan 9 kes setakat ini.

Apa yang pasti, corak atau pattern yang digunakan pembunuh masih sama seperti lapan pembunuhan sebelumnya.

Dan sebagai penutup, pada malam 3 April 1991 mayat kesepuluh ditemui di kawasan pergunungan Hwaseong. Mangsa merupakan seorang wanita warga emas berusia 69 tahun. Mayat Kwon Soon Sang ditemui dalam keadaan lehernya masih berbelit dengan stoking panjang miliknya.

 

Pembunuh berdarah ‘B’, berusia 20an ketinggian lebih kurang 170cm

Korang perasan tak yang pembunuh menggunakan cara yang sama keatas semua mangsanya. Sepatutnya mudah pihak polis untuk mengesan penjenayah tapi malangnya tidak.

Ini disebabkan pada penghujung tahun 80an, teknologi di Korea masih lemah especially yang melibatkan pengesanan DNA.

Apa yang pihak forensik berjaya lakukan ialah mengesahkan yang jenis darah pembunuh ialah ‘B’.

1 24

Sebenarnya kalau korang nak tau, polis berjaya mengesan sampel darah dan air mani dari tempat kejadian. Sampel-sampel itu pun dihantar ke Jepun untuk dianalisis, malangnya dalam semua sampel yang dihantar tu, satu pun tak ada yang sepadan dengan suspek yang pernah ditahan polis..Pelik kan!

Namun, hasil daripada siasatan tu apa yang polis berjaya buat gambaran pasal pembunuh ialah :

Penjenayah merupakan seorang lelaki kurus berusia 20an dengan ketinggian lebih kurang 170 sentimeter.”

Maklumat itu pun diperoleh daripada salah seorang mangsa yang berjaya selamatkan diri tapi tetap polis tak boleh pastikan yang adakah lelaki tersebut yang melakukan kesemua jenayah.

2 21
Sumber : google

So sampai lah ke saat ini masih tiada tangkapan dilakukan, siapa pembunuh pun masih tak dapat diketahui lagi.

Kalau korang nak tau kat Korea Selatan ni, status pendakwaan sesuatu kes akan tamat selepas 15 tahun.

Maksudnya kat sini, tidak akan ada sebarang pendakwaan atau perbicaraan bagi kes pembunuhan ‘Hwaseong’ ni sebab dah tamat tempoh 15 tahun. Melainkan jika undang-undang negara tersebut digubal.

Baca : Kes Pembunuhan Kejam Junko Furuta : Dinamakan Neraka 44 Hari Ekoran Penyeksaan Dahsyat Tahap Luar Kewarasan Akal Manusia.

Junko