in

“Pembunuh siap rakam video” – Dua Lelaki Tembak Mati Transgender Lepas Guna Tandas Perempuan Dekat McD

Trans Ditembak

Seorang transgender maut ditembak selepas dilihat menggunakan tandas wanita dekat salah satu outlet McDonald di Puerto Rico, lapor Daily Star.

Neulisa Luciano Ruiz telah dibunuh pada awal pagi Isnin baru-baru ini di Toa Baja, utara Puerto Rico. Kes kematian Neulisa mendapat perhatian ramai di sana dan namanya turut trending di Twitter dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Aktivis LGBT, Julio Serrano telah mendesak pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat kes ini yang dianggap ‘hate crime’. Menurut Julio, Neulisa atau nama lainnya, Alexa telah diintip dan diburu sebelum ditembak mati.

Trans1

Trans5

Julio turut mengkritik sesetengah kumpulan di negara itu dengan mengatakan mereka telah membuatkan wujudnya ‘histeria’ apabila ada transgender menggunakan tandas (wanita).

Menurut Metro, sebelum kematiannya, sebuah video tersebar di media sosial menunjukkan Alexa menggunakan tandas wanita.

Dakwaan mengatakan Alexa dah menjadi sasaran pembunuhnya selepas ternampak video dia menggunakan tandas di Toa Baja itu. Mereka kemudian dipercayai mengekori Alexa sebelum menembaknya pada pagi Isnin.

Trans3

Trans4

Lebih teruk lagi, pembunuhnya dipercayai turut merakamkan detik-detik itu. Dalam rakaman video tersebut, dua lelaki didengari mengganggu dan mengugut seseorang dipercayai Alexa. Salah seorang kemudian berkata,

Saya akan tembak dia!”

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada rakaman video tersebut ada kaitan dengan kematian Neulisa.

Baca: Askar Thai Lepaskan Serangan Rambang Akhirnya Mati Ditembak

Untitled Collage 62

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Google
Sumber: Telemundo