in

Askar Thai Lepaskan Serangan Rambang Akhirnya Mati Ditembak

Untitled Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang anggota tentera Thailand yang mengganas dan menembak mati 21 individu dalam satu serangan rambang di bandar Nakhon Ratchasima semalam, akhirnya ditembak mati oleh pasukan keselamatan tempatan kira-kira 9 pagi waktu tempatan.


Kejayaan pihak berkuasa itu sekali gus menamatkan detik mendebarkan, selepas mereka terpaksa mengepung sebuah pusat beli-belah yang menjadi tempat persembunyian suspek itu semalaman.

744B19F7Ab48468190B622Eb99165814 18

09Thailand8 Print Superjumbo V2

Difahamkan, mangsa dikenalpasti sebagai Jakrapanth Thomma — iaitu seorang anggota tentera berusia 32 tahun.

Berita Harian melaporkan, insiden pembunuhan itu bermula kira-kira 3 pagi semalam — ketika tentera itu melepaskan tembakan secara rambang di dalam sebuah rumah, sebelum bergerak ke kem tentera dan pusat beli-belah itu sambil memuat naik hantaran di Facebook.

Sebelum serangan itu, Jakrapanth memuat naik hantaran di akaun Facebook milikinya memaklumkan mahu membalas dendam — namun tidak memberitahu mengapa dia mahu berbuat demikian.

Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan seramai 20 individu maut manakala 42 yang lain cedera dalam insiden berkenaan.

 

Baca: TERGEMPAR: Askar Thailand Muat Naik Video FB Tayang Aksi Tembakan Rambang Bunuh 12 Orang Awam & Bom Tangki Gas

Bc9Fa20D A72B 48Cd 94B2 6E808Fa9Bc61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.