in

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 Bermula Esok!

str fasa 3 ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan akan memulakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai 12 Ogos 2025 untuk membantu meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah yang dijangka memanfaatkan sebanyak 8.6 juta rakyat yang akan menerima pembayaran ini, dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Jumlah ini menandakan peningkatan sebanyak 300,000 penerima berbanding Fasa 1 pada Januari 2025, yang mencatat 8.3 juta penerima dan peningkatan ini adalah hasil daripada langkah kerajaan membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun untuk memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.


LM Gambar Hiasan 600 x 400

Kategori dan Kaedah Pembayaran

Menurut makluman dari Kementerian Kewangan, Pembayaran STR Fasa 3 akan disalurkan kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing menerusi dua kaedah pembayaran:

  1. Pengkreditan ke akaun bank: Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
  2. Secara tunai: Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak, dan W.P. Labuan), pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

Screenshot 2025 08 11 114323

Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Kelayakan

Kadar bayaran STR Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima iaitu : 

  • Isi Rumah (≤ RM2,500): RM150 hingga RM650.
  • Isi Rumah (RM2,501-RM5,000): RM150 hingga RM300.
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150.
  • Bujang: RM150.
Jika nama pemohon tidak terdapat dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan agar proses verifikasi dapat diselesaikan. Maklumat lanjut, soalan lazim (FAQ), dan semakan status kelayakan boleh didapati di Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Dalam pada itu, orang awam juga dinasihatkan untuk berwaspada terhadap pautan tidak sahih yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.