in

Pelanggan Terkejut Jumpa Ibu Jari Manusia Lengkap Dengan Kuku Dalam Sayur Lodeh

Jari Ditemui Dalam Sayur Lodeh

Mengerikan! Baru-baru ini, kecoh diperkatakan mengenai penemuan jari manusia di dalam sayur lodeh yang berlaku di negara jiran daerah Belu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menurut CNN Indonesia, jari manusia yang dijumpai di dalam sayur lodeh itu merupakan potongan ibu jari yang masih lengkap dengan kukunya.

Ketua Polis Belu, AKBP Yosep Krisbianto berkata, hasil ujian daripada doktor juga telah mengesahkan jari yang ditemui itu adalah jari manusia. Aduhai risauuu!  

Kita sudah tanya terus ke doktor dan sudah ada pengesahan dari doktor bahawa itu benar potongan jari manusia,” katanya.

Fj0Fjs Vsaazjn0

Masa nak ambil sayur, terkejut jumpa jari manusia 

Kejadian penemuan ibu jari manusia ini dikatakan berlaku apabila dua penduduk Desa Mantelen, Kecamatan Tasifeto Timur membeli makanan yang dipesan daripada sebuah warung.

Saat mereka ingin mengambil sayur untuk dimakan, tiba-tiba salah seorang darinya terkejut melihat sepotong jari manusia lengkap dengan kuku tercampur dalam sayur tersebut.

Resep Sayur Lodeh Kacang Panjang

Perkara ini kemudian dilaporkan kepada Balai Polis Tasifeto Timur yang kemudiannya membuat siasatan.

“Kami sudah periksa beberapa saksi termasuk pemilik warung yang menjual sayur lodeh tersebut,” kata polis.

Selain pemilik warung, pihak polis juga katanya telah memeriksa kilang tauhu, namun tidak menjumpai apa-apa dan asal usul jari tersebut masih lagi kekal misteri.

Pekerja di warung terbabit juga diperiksa oleh pihak polis dan mendapati mereka bersih daripada sebarang luka di jari masing-masing.

Dalam pada itu, pasukan penyiasatan Polis Belu katanya akan meneruskan usaha mereka dalam mengenal pasti siapakah pemilik ibu jari yang ditemui dalam sayur lodeh tersebut.

Uish misteri betul ni… hilang selera makan tengok ni. 

Baca: Kipas Terjatuh Dari Siling Kelas, Pelajar Darjah 2 Patah Jari

Jari

Sumber: Twitter