in

Viral Tentang Ura-Ura Park Seo Joon Bakal ‘Join’ Captain Marvel 2, Peminat KDrama Excited!

Ft Parkmarvel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila ada pelakon dari Asia yang berjaya menempah nama di Hollywood pasti akan menjadi viral kerana bangga dengan pencapaian mereka. Memang dah ramai yang berlakon di Hollywood dan terbaru, viral pula ura-ura mengatakan pelakon  Korea Park Seo-joon akan menjadi salah seorang pelakon dalam filem sekuel Captain Marvel.



Ramai peminat teruja dan tak keruan selepas berita itu mula diterbitkan sehingga nama pelakon Itaewon Class itu menjadi trending di media sosial.

Park

 

Beberapa portal berita antarabangsa melaporkan bahawa Park Seo-joon akan sertai Brie Larson dalam filem yang bertajuk The Marvels itu.

Bagaimanapun, menurut Forbes tiada lagi pengumuman rasmi yang dapat membuktikan kesahihan berita itu dan agensi yang mewakili Park Seo-joon iaitu Awesome ENT juga masih belum mengeluarkan kenyataan tentang sama ada berita itu benar atau tidak.

Difahamkan ura- ura ini mula timbul selepas Soompi melaporkan bahawa wakil industri berkata pelakon berusia 32 tahun itu akan terbang ke Amerika Syarikat untuk penggambaran filem tersebut yang dijangka bermula pada pertengahan tahun ini.

Brie

Selepas laporan itu mendapat perhatian ramai terutamanya peminat KDrama serta peminat Park Seo-joon sendiri, Awesome ENT bagaimanapun hanya memberi respon,

No comment.”

Jika berita ini disahkan benar, Park Seo-joon akan menjadi pelakon dari Korea yang ketiga sertai Marvel Universe selepas Claudia Kim (Avengers: Age of Ultron) dan Ma Dong Seok (Eternals). Kita tunggu pengumuman atau respon daripada agensi yang mewakili Park Seo-joon nanti. Kalau betul, memang excited lah semua peminat dia kan!

Baca: Tak Kisah Apa Orang Kata, Peminat ‘Frame’ Bungkusan The BTS Meal Sebagai Kenangan

Cover 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.