Seorang pelajar tingkatan dua di Kelantan telah menarik perhatian orang ramai apabila dia dikatakan menjadi individu paling muda yang membayar zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Pembayaran zakat itu dibuat untuk hasil perniagaannya pada tahun lalu.
Menurut Facebook Majlis Agama Islam Kelantan, remaja berusia 14 tahun yang juga dikenali sebagai Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman itu memilik perniagaan produk makanan kesihatan jenama BebyCurve.
https://www.facebook.com/maikkelantanofficial/posts/pfbid02J8AooeMvQ7ZFrQfcFRqAV2Re8xq4wVdCSgAxyaHfyjiDqENYj4hiU68DGnUz7rBsl
Difahamkan, pelajar berkenaan telah membayar zakat berjumlah RM10,000 baru-baru ini di pejabat MAIK dengan ditemani oleh ibu bapanya.
Remaja tersebut juga mengatakan bahawa membayar zakat adalah keutamaan buat dirinya kerana dia berharap, sumbangan zakat itu akan membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan asnaf.
Menurut Harian Metro, remaja ini mula menjual produknya itu menerusi TikTok dan berjaya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.
Jadi, ibu bapanya telah menasihatinya untuk membayar zakat susulan hasil perniagannya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli.
Menurut remaja itu juga, neneknya juga sering mengingatinya agar sentiasa mendahului zakat.
Difahamkan juga, sebelum ini, remaja ini pernah tular di media sosial kerana memilik tumbler minuman yang mahal hingga mencecah harga RM1,800, lapor mStar.
Sumber: Facebook MAIK, Harian Metro
Baca: Korang Dah Isi e-Filing? Wanita Share Cara Terbaik Simpan Resit-resit Untuk Pelepasan Cukai