in

Pelajar Indonesia Digelar ‘Perogol Paling Prolifik’, Umpan Ratusan Lelaki Di Britain & Rogol Mereka Di Apartmentnya

Hencem Tapii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam tak percaya tapi perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan dan jauh sekali dipuji oleh mereka dari negara seberang.

Menurut agensi berita luar negara, Manchester Evening News, seorang pelajar Indonesia telah dipenjara seumur hidup lepas disabitkan kesalahan terhadap 136 kes rogol di Britain.


Malah lebih memalukan, Reynhard Sinaga, 36 ini juga digelar sebagai ‘perogol paling prolifik dalam sejarah undang-undang Britain’. Fuh gilalah! 

2 S14Jpg
sumber: manchester evening news

 

Guna modus operandi ‘goda’ lelaki mabuk dan ‘bawa’ ke apartment

Reynhard yang merupakan pelajar PhD dari Manchester ini katanya telah merogol hampir 200 orang lelaki semasa mangsa-mangsa keluar clubbing di bandar tersebut.

Caranya mudah je. Dia goda lelaki-lelaki yang mabuk ini pulang ke apartmentnya di Montana House, Princess Street, sebelum meracun mereka dengan dadah jenis GHB dan merogol serta merakam aksi tersebut ketika mangsa sedang tak sedarkan diri. 

0 S39Jpg
sumber: manchester evening news

Polis menyifatkan Reynhard sebagai ‘psychopath’ dan sekarang telah didakwa atas tindakan merogol 44 orang lelaki yang dalam lingkungan 17 ke 36 tahun dalam tempoh masa 2 setengah tahun. Mak aiii gila mamat ni! 

Ini belum lagi dikira kesnya membuat gangguan seksual terhadap 4 orang mangsa lain.

 

Mangsa tak sedar mereka dirogol kerana dadah yang diberi suspek

Penyiasat kes ini percaya yang Reynhard mungkin dah rogol lebih 195 mangsa berdasarkan footage video yang mereka jumpai semasa siasatan dijalankan.

Berbelas-belas lagi mangsa sebenarnya tak dapat dikesan dan kemungkinan besar tak tahu mereka dirogol kerana tindakan Reynhard menggunakan sejenis dadah yang membuat mangsa hilang ingatan atas apa yang berlaku kepada diri mereka. 

0 Crime Scene Spirit Bottlesjpg
Arak dan dadah yang ditemui di rumah reynhard | sumber: manchester evening news

Kebanyakan mangsa yang mabuk ni katanya telah ‘diburu’ Reynhard di sekitar kelab malam tersibuk kat Manchester dan mereka ni kemudian diumpan untuk pulang ke apartmentnya.

Reynhard kononnya berjanji nak beri mereka segelas air lepas mangsa mengadu ‘sakit’ dan beritahu kononnya mangsa boleh cas handphone kat sini untuk contact rakan-rakan lain.

0 Crime Scene Sinaga Bedroom V2Jpg
Bilik apartment reynhard | sumber: manchester evening news

Bermula dari itu, Reynhard racun minuman mereka dengan dadah dan mangsa tak sedar apa yang berlaku. Bangun-bangun je dah ada kat rumah suspek dan mereka sangka Reynhard ni baiklah sebab bantu mereka ketika mabuk semalam. Fuh! 

 

Kantoi lepas mangsa tersedar semasa rogol

Namun kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga lepas seorang remaja tersedar semasa dia sedang dirogol suspek. Reynhard katanya telah memukul remaja tersebut dengan teruk sekali sampai dia terpaksa dikejarkan ke hospital. 

Akhirnya telefon milik Reynhard dirampas polis dan dia kantoi apabila terdapat banyak video rogol yang ditemui di dalamnya.

0 S37Jpg
Muka kacak tapi… | sumber: manchester evening news

Lepas digeledah, polis akhirnya menemui bahan grafik bersamaan dengan 250 cakera padat digital dan 300,000 gambar berkaitan serangan seksual yang dilakukan Reynhard dalam handphone tersebut.

Pihak mahkamah di Manchester menetapkan Reynhard perlu jalani hukuman sekurang-kurangnya 30 tahun untuk 159 kesalahan yang dilakukan antara Januari 2015 hingga Mei 2017.

Haih makin gila orang-orang zaman sekarang ni ye… 

Baca: Wanita diculik & dirogol bergilir-gilir 4 lelaki di pantai tapi pelaku bebas” – Peguam Kata Ini Sebabnya

Rogols

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.