in

5 Pesakit Disahkan Positif Covid-19 Di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur

Hts3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lima lagi kes positif Covid-19 dikesan di Kuala Lumpur malam tadi.



Hal ini disahkan sendiri oleh pihak pengurusan Hospital Tung Shin, KL berkenaan lima kes yang dikesan di situ.

Empat pesakit tempatan dikesan melalui pemeriksaan prapembedahan dan seorang warga asing dikesan melalui pemeriksaan saringan praperjalanan.”

Susulan itu, pihak hospital sudah menutup beberapa kawasan dan jabatan untuk sementara untuk lakukan proses sanitasi.

“Hospital Tung Shin juga telah menutup semua kawasan yang terjejas seperti Jabatan A&E, Klinik Pakar, Jabatan Pengimejan dan Wad Isolasi COVID-19 untuk pembersihan terminal.”

Jelas mereka, berita ini sudah dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan semua pesakit telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. – Lapor Astro Awani

Tambahnya, semua kakitangan yang merawat mereka memakai peralatan perlindungan diri, kerap membersihkan diri dan menjaga penjarakan fizikal.

“Operasi akan diteruskan seperti biasa esok dan hospital akan terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pesakit, pengunjung, doktor dan kakitangan kami.”

Kesimpulannya, KL tambah lagi…

 

Baca : Hampir 90% Pesakit Positif Covid-19 Lawat Mall Di Sekitar Lembah Klang – MySejahtera

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.