Seorang pegawai polis berusia 24 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang bersenam di sebuah gimnasium di Hyderabad, pada Khamis lalu.
Pegawai polis tersebut, Vishal, ialah seorang konstabel yang bertugas di balai polis Asif Nagar. Menerusi video tersebut, Vishal dilihat melakukan tekan tubi sebelum bergerak ke kawasan lain dan secara tiba-tiba batuk sambil bersandar ke hadapan.
Beberapa saat selepas itu, dia dilihat rebah di atas lantai. Orang ramai yang berada di tempat kejadian bergegas membantu pemuda itu. Difahamkan, salah seorang jurulatih di situ cuba untuk memulihkan Vishal, namun tidak berjaya.
Vishal dibawa ke hospital berdekatan, lalu disahkan telah meninggal dunia oleh doktor. Kejadian ini dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di gimnasium dan berlaku sekitar pukul 8.04 malam.
Yet another shocking case of a young man working out in the gym, simply collapsing; this is 24-year-old Vishal working as police constable at #AsifnagarPS police station #Hyderabad, who is suspected to have suffered a heart attack & could not be revived @ndtv @ndtvindia #GymDeath pic.twitter.com/rrUctZU5s0
— Uma Sudhir (@umasudhir) February 24, 2023
Untuk rekod, kematian mengejut Vishal bukanlah kejadian pertama yang berlaku melibatkan serangan jantung. Sebelum ini juga, berlaku beberapa kejadian serangan jantung mengejut melibatkan golongan muda di India.
Menurut Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan (NCBI), 1 daripad 5 daripada kematian di India disebabkan oleh serangan jantung dan strok.
Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet. Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap Vishal, dan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melakukan senaman.
Kredit: NDTV
BACA: Maki Pembuat Kertas Soalan Sejarah SPM, Pelajar Akhirnya Ditangkap Polis