Tak tahu samada insiden ini ada kaitan atau tidak, tapi baru-baru ini ada beberapa kawasan di Selangor mengalami masalah gangguan bekalan air. Dua hari lepas pula, viral berkenaan dengan sumber air di Selangor dicemari dengan sisa toksik.
1.5 juta pengguna di Selangor merana sebab ada pihak durjana sabotaj sumber air dengan mencemarinya dengan sisa toksik!
Menurut pengguna Twitter yang lebih dikenali sebagai Hilmi ini, kejadian sebegini bukanlah pertama kali tetapi dah banyak kali.
Lapor Malay Mail Online, isi padu sisa toksik yang ditumpahkan secara sengaja itu sangat banyak! Dianggarkan sebanyak 50 meter kubik (padu).
“Sebagai rujukan, sebuah treler tangki minyak bersaiz besar (yang selalu nampak atas jalan) pun hanya mampu mengandungi cecair sehingga 43 meter kubik. Inikan pula 50 meter kubik!” – Hilmi
Kata Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago dengan jumlah yang diletakkan itu, perbuatan tersebut seperti disengajakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab untuk sabotaj.
“Kalau setakat satu meter kubik, memang kami tak kisah, tapi kalau dah sampai isipadu yang sangat tinggi, agak-agak kenapa?” – Charles Santiago
Santiago mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat oleh pihak Suruhanjaya semalam untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab diambil tindakan dan segera ditangkap.