in

Menangguk Di Air Yang Keruh! Doktor Kecam Penjual Essential Oil Ambil Kesempatan Kononnya Claim Boleh Tapis Udara Tercemar di Pasir Gudang

Kesempatan Kesempitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kita semua bersedih dengan apa yang menimpa mangsa pencemaran udara di Pasir Gudang, nampaknya ada pulak golongan oportunis yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Menerusi perkongsian Dr Rusyainie Ramli di Facebook, sebilangan penjual essential oil dan penapis udara sedang rancak mempromosi produk mereka yang kononnya mampu menapis udara tercemar di Pasir Gudang. Whaaat seriuslah? 


 

“Bani essential oil dan bani penapis udara tanpa rasa bersalah menangguk di air yang keruh untuk menjual produk” 

Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, Dr Rusyainie meluahkan rasa sedihnya akan apa yang menimpa mangsa di Pasir Gudang. Namun kali ni dia bertambah sedih kerana ada golongan yang mengambil kesempatan atas musibah yang menimpa mangsa-mangsa ni.

“Sedihlah saya. Dengan musibah menimpa begitu ramai kanak-kanak yang terlibat dalam pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang. Hospital Sultan Ismail dipenuhi pesakit yang menghidu udara bertoksik yang memerlukan rawatan, tapi bani essential oil dan bani penapis udara tanpa rasa bersalah MENANGGUK DI AIR YANG KERUH untuk menjual produk.

“Kalaulah semudah itu nak bersihkan udara yang beracun tu, mesti tak sesak hospital dengan pesakit. Bagi sedut bau dari minyak wangi tu atau hirup udara dari mesin penapis tu.” 

53819546 10218096656118543 5885349365941272576 N
sumber: facebook

 

“Tolonglah. Siap buat kutipan derma untuk beli minyak tu pula” 

Lagi yang buat admin terkejut, menurut Dr Rusyainie golongan penjual ni siap minta derma lagi untuk beli essential oil buat mangsa-mangsa di sana. Adoi… korang tahu kan yang EO ni tak boleh tapis udara. Ia cuma berfungsi sebagai terapi aroma.

“Tolonglah. Siap buat kutipan derma untuk beli minyak tu pula. Harapnya yang jadi agen tu tak ambil untung langsung la ya sebab namanya pun untuk kebajikan.

“EO hanya berfungsi sebagai terapi aroma. Kategori kosmetik mengikut peraturan KKM. Ia tak dapat kelulusan KKM kerana ia bukan di bawah kategori ubat. Ia hanya perlukan nombor notifikasi. Kerana ia kosmetik, ia tak boleh buat sebarang tuntutan perubatan.

“Essential oil and penapis udara tu TAK MENCEGAH ATAU MERAWAT PESAKIT YANG MENGALAMI KERACUNAN UDARA!

“Hospital lah tempatnya.”

53745067 10218096655918538 9173225819772813312 N
sumber: facebook
Essential Oil Brands And Companies
gambar hiasan

 

“Stupid… kalau semudah itu nak tapis udara… takde susah payah Jabatan Alam Sekitar” 

Isu ini mendapat reaksi kebanyakan netizen yang rata-rata ‘geleng kepala’ melihat sikap sesetengah penjual yang tak sensitif akan bencana menimpa dan sengaja menampakkan diri mereka ‘bodoh’ kerana mempromosi produk tak kena tempat.

Eo
sumber: facebook

Haih macam-macam lah kan. Daripada orang Pasir Gudang beli essential oil ni, baik beli topeng udara yang ala-ala Darth Vader tu. Gerenti terselamat daripada pencemaran udara!  

Baca: “Erti sebenar seorang hero” – Kerana Sibuk Selamatkan Nyawa 30 Pelajar Dari Gas Beracun, Pemandu Ambulans Kini Terlantar di ICU

Hero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.