in ,

“Patutlah ramai pergi sana” – Wuhan Bukan Bandar Cikai, Rupanya Ada Bangunan Futuristik & Masjid Yang Boleh Tampung 500 Jemaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tularnya wabak coronavirus di China dan beberapa negara di dunia, nama bandar di negara China ini sering disebut-sebut.


Malah kita juga sering terfikir, apa yang hebat sangat bandar Wuhan ni sampai beribu-ribu orang ke sana dan berjuta pulak rakyatnya pergi bercuti ke serata dunia. Hmm ye tak ye jugak ye! 

Menerusi perkongsian Khairul Azri di Twitter, dia ‘bongkar rahsia’ mengenai bandar Wuhan yang bakal mengejutkan korang semua. Nah baca kat bawah! 

 

Wuhan terkenal sejak 3,500 tahun dulu sebagai tempat pelabuhan teh

Sebelum coronavirus merebak, admin yakin tak ramai yang pernah dengar nama bandar Wuhan di China ini.

Menurut tweet Khairul Azri ni, Wuhan sebuah bandar yang terletak di tengah-tengah negara China. Ia telah terkenal sejak 3,500 tahun dahulu sebagai tempat pelabuhan teh di lembah Sungai Yangtze. 

Wuhan juga ibu negeri bagi Hubei, China. Ia antara bandar terbesar dengan 10.76 juta penduduk.

 

Pakar bina jambatan, kejuruteraan keretapi berkelajuan tinggi dan industri berteknologi tinggi 

Wuhan ni kalau dibandingkan kat Malaysia macam Kuala Lumpur lah atau jauh lebih advanced dari mana-mana ibu kota kat Malaysia ni kerana bandarnya terkenal dengan kepakaran dalam pembinaan jambatan, kejuruteraan keretapi berkelajuan tinggi dan industri berteknologi tinggi.

Lebih menarik, 50% jambatan yang dibina di dunia dan jugak 60% keretapi kelajuan tinggi direka dan dibuat di Wuhan tau! Sebab tulah banyak rakyat kita yang bertugas di sana.

Sumber: Twitter

 

Wuhan bandar terpenting, jadi penyumbang ekonomi terbesar China 

Tahu tak kenapa Wuhan ini sangat penting bagi negara China? Hal ni kerana ia boleh dikatakan antara wilayah industri atau pengilangan yang terbesar di China selain Guangzhou, Shenzen dan Hangzhou. 

Ia antara bandar yang terpenting kerana merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi China. Gambar kat bawah merupakan Wuhan Economic & Technological Development Zone.

Sumber: Twitter

 

Sektor pengilangan berkembang maju di Wuhan, banyak ubatan & kereta dikilang dari sana

Pernah nampak mask yang viral sebab ia dikilangkan dari Wuhan? Haa korang jangan tak tahu yang sektor pengilangan utama di Wuhan ialah dalam bidang teknologi tinggi, optikal, automobile, iron & steel, pharmaceutical dan lain-lain. Ubat yang korang makan tu pun dari Wuhan ye, mana tau!

Kereta jenama Citroen pun dibuat di Wuhan tau untuk pasaran rantau Asia.

 

Wuhan ada makmal biologi? 

Menambah sedikit kontroversi, bandar ini juga mempunyai sebuah makmal biologi yang dibina kerajaan China untuk kaji pelbagai jenis virus berbahaya di dunia. Makmal ni bukan makmal biasa-biasa kerana ia direka dengan standard biohazard tertinggi.

Macam mana virus boleh tersebar walaupun ada kajian dan keselamatan yang hebat ni? Wallahualam… 

 

Islam sudah bertapak di Wuhan sejak abad ke-16 lagi 

Bagi yang tak tahu, Islam sudah bertapak di bandar Wuhan semenjak abad ke-16 lagi.

Malah masjid pertama dibina di wilayah tersebut ialah Wuhan Qiyijie Mosque atau Wuhan Chengwai Mosque yang boleh menampung sebanyak 500 jemaah dalam satu-satu masa. Ia terletak di Jalan Qiyi. Maknanya ada orang Islam lah di Wuhan ye! 

Sumber: Twitter
Sumber: Detik

Macam tak percaya kan bila dapat tahu fakta mengenai bandar Wuhan ni? Nah admin kongsikan gambar lagi dari tweet Khairul Azri berkenaan bandar Wuhan. Bangunannya sangat futuristik dan lawa ye.

Cantikkan? Tak sangka dalam sekelip mata sebuah bandar yang hebat dan gah macam ni jadi ghost town lepas sebuah wabak tersebar. 

Baca: “Confirm ke 100% bebas?” – Duta Malaysia Ke China Sahkan 82 Rakyat Malaysia Di Wuhan Bebas Jangkitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.