in

“Confirm ke 100% bebas?”- Duta Malaysia Ke China Sahkan 82 Rakyat Malaysia Di Wuhan Bebas Jangkitan

Featured 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alhamdulillah, berita gembira dari Duta Besar Malaysia Ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin semalam apabila dia mengesahkan yang 82 rakyat Malaysia di Wuhan dan sekitarnya bebas jangkitan novel Koronavirus.


Katanya data itu diperoleh menerusi komunikasi pihaknya dengan rakyat Malaysia menerusi panggilan telefon bagi mendapatkan perkembangan terkini rakyat Malaysia di sana, lapor Bernama.

Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin
Sumber: bernama

Setakat ini, kita telah mengenal pasti 82 rakyat Malaysia di Wuhan dan bandar-bandar sekitarnya yang dalam situasi ‘lockdown’.

“Secara umumnya mereka dalam keadaan tenang dan baik, serta banyak membantu memberikan butiran rakyat Malaysia yang lain,”

Bagaimanapun Raja Datuk Nurshirwan berkata pihaknya masih mengumpul maklumat berkaitan bilangan dan butiran rakyat Malaysia di Wuhan dan kawasan sekitar.

Katanya ketika ini, kesemua 82 rakyat Malaysia masih berada di kediaman masing-masing.

71579775191 Coronavirus
Sumber: new straits times

Kedutaan Malaysia di China ketika ini giat memantau perkembangan terkini di Wuhan selain menyediakan talian khusus bagi memudahkan rakyat Malaysia menghubungi penjabat konsulat di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi’an dan Hong Kong.

Pada masa sama beliau sambut baik hasrat kerajaan ingin bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan dan katanya pihaknya akan adakan perbincangan dengan Kementerian Luar bagi perincikan rancangan tersebut.

Fw1011838 Ptj01 29012020 Pm Bn202001294173 Lpr 1024X682 1
Sumber: pmo

Kerajaan China dilapor melaksanakan perintah berkurung membabitkan jutaan penduduk di beberapa bandar raya yang dikesan dilanda wabak koronavirus.

Namun rata-rata netizen mahu kerajaan pastikan kesemua rakyat Malaysia di sana benar-benar sihat dan bebas dari wabak tersebut, selain ada yang meluahkan rasa syukur dengan perkembangan itu.

3 9
Sumber: facebook

 

Baca : [TERKINI] Angka Korban Koronavirus Meningkat Kepada 170, WHO Buat Mesyuarat Tergempar

Featured 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.