in

“Patutlah orang kata Langkawi mahai” – Pelancong Tak Puas Hati Ayam Goreng Kunyit Dicaj RM20

Ayam Goreng Kunyit Rm20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut tentang hidangan ayam goreng kunyit, biasanya harga dicaj sekitar RM7-RM12 untuk satu set bersama nasi.


Namun, perkongsian seorang pelanggan yang melancong di Pulau Langkawi ini mengejutkan ramai pihak apabila dia mendakwa dikenakan sebanyak RM20 untuk sepinggan ayam goreng kunyit.

Menerusi perkongsian Group Facebook Langkawi Sana Sini, pelancong ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga makanan yang dikenakan di salah sebuah gerai di Pantai Chenang, Langkawi.

Dia turut berkongsi resit dan gambar hidangan ayam goreng kunyit bersaiz sesuai untuk seorang makan bersama nasi putih dan air kosong.

Gdzzif4Byaask0N

Gdzzjzvbcaaz8Xn

Resit itu memaparkan harga bagi sepinggan ayam goreng kunyit adalah RM20, manakala sepinggan nasi putih berharga RM3 dan air kosong RM1.

Situasi yang menimpa dirinya telah menguatkan naratif harga makanan di pulau penginapan itu mahal yang menyebabkan ramai pelancong tempatan lebih gemar melancong di tempat lain.

“Patutlah orang luar kata Langkawi mahal, hampa rasa berbaloi ke kena harga macam ini?

“Jangan hampa terkena sudah, nak kecam pun ikut suka hampa lah aku post ni sebab rasa tak puas hati harga ayam goreng kunyit dia,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perkara yang sama dan bersetuju harga makanan di Langkawi tidak masuk akal.

Pada masa yang sama, netizen turut mengkritik individu itu kerana tidak menyemak harga sebelum membuat pesanan di gerai terbabit.

Screenshot 2024 01 15 130448Screenshot 2024 01 15 130417

Dalam perkongsian yang ditularkan di platform lain, netizen turut memaparkan senarai harga menu gerai terbabit yang diambil dari carian Google.

Susulan itu, netizen menggesa agar pihak KPDN Kedah membuat pemeriksaan di gerai terbabit.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.