in

“Patutlah dorang ni best” – Coldplay Sponsor ‘Interceptor 005’ Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun belum pernah buat persembahan dekat Malaysia, tapi ia tak menghalang kumpulan pemuzik dari British, Coldplay ini untuk berikan hadiah yang best untuk kita semua!


Band yang terkenal dengan lagu Yellow dan Fix You, ini dikatakan akan menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama dorang untuk projek kolaborasi dengan pertubuhan tak berasaskan keuntungan dari Belanda yang dipanggil The Ocean Cleanup.

Projek ini merupakan usaha untuk mencegah sampah dan pencemaran dari masuk ke dalam laut dengan menggunakan mesin memerangkap sampah yang dinamakan ‘Interceptor 005’, lapor Malay Mail.

116083736 Mediaitem116083735

Jika tak ada tindakan, tahun 2050 nanti akan ada lagi banyak sampah dari ikan dalam laut. Sebab tu The Ocean Cleanup ini sangat penting dan kami bangga untuk taja Inceptor 005 yang akan menangkap sampah sebelum ia sampai ke laut.”

Untuk pengetahuan korang, ini adalah mesin perangkap sampah kedua yang akan beroperasi di Malaysia. Sebelum ini, Malaysia menerima mesin pertama mereka pada Ogos 2019 dan telah diletakkan di Sungai Klang.

210331 5 The Ocean Cleanup 380X280 1

Inceptor 005 ini mampu memerangkap sehingga 100 tan sehari. Ia akan memerangkap sampah terapung yang dibuang ke dalam sungai sebelum sampai ke luat.

Direka khas untuk membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia, Interceptor 005 adalah salah satu daripada dua unit yang dihasilkan dalam siri rekaan generasi ketiga teknologi ini.

Turut dikenali sebagai New Moon 1, Interceptor 005 akan terus beroperasi sejurus selepas ia siap dibina menjelang pertengahan tahun ini, jelas Slat dalam sebuah kenyataan.

Menurut Slat, sisa plastik dari sungai akan dibawa arus sehingga ke tempat pusaran sampah di tengah lautan sebelym sampah sarap ini terkumpul di dalam arus berputar itu selama bertahun-tahun.

Jika tak ada tindakan untuk mencegah pencemaran ini, ia akan meningkatkan kesan buruk terhadap ekosistem, kesihatan dan ekonomi.

Sejak 2019, The Ocean Cleanup telah mengumumkan inisiatif Interceptor untuk saluran air tercemar di pelbagai negara seluruh dunia termasuk Indonesia, Republik Dominica, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand.

Fuh, harapnya makin bersihlah sungai-sungai dekat sini!

 

Baca: “Biasa mcm ni dia buang sampah ‘special’ sket” – Dua Lelaki KANTOI Buang Sampah Dalam Sungai di Puchong

Screenshot 2021 03 31 At 10.52.45 Am

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.