Bila kita dalam keadaan yang tak sesuai untuk memandu, logiknya mesti kita akan cari tempat untuk tidurkan? Paling-paling pun tidur sekejap dalam kereta.
Tapi, bila dah buat salah lepas tu tidur, lain pula ceritanya…
Macam kejadian yang berlaku di Singapura ni, apabila seorang lelaki dipercayai mabuk telah melanggar beberapa motosikal yang terletak di tempat parkir kenderaan.
Namun, lepas dia dah langgar semua motor tu, lelaki ni boleh pulak tidur dalam kereta dia sampai polis pula yang kena kejut dia! Dia ingat dia dah selamat park kereta lah tu.
Dalam video yang dikongsikan oleh laman web Singapore Road Accident, korang boleh tengok sendiri macam mana lelaki ni tepis tangan polis yang cuba kejut dia dari tidur.
Awak boleh bangun ke tak ni?”
Polis yang cuba kejut dia tu kelihatan sangat sabar dan tak ada gunakan kekasaran, tapi lelaki ni boleh pula ‘bantai’ tidur siap sempat turunkan kerusi dia lagi!
Bagaimanapun, di bahagian akhir video ni, lelaki itu dilihat telah pun bangun dan berdiri di luar keretanya sambil disoal siasat oleh polis yang cuba kejutnya tadi.
Menurut Asia One, kejadian ini berlaku Jumaat lalu dan polis tersebut tiba di tempat kejadian selepas mendapat laporan pada jam 5.01 pagi.
Ekoran dari tular video ini, ada beberapa netizen menunjukkan rasa tak setuju dorang bila pihak polis tu baik sangat dengan lelaki berusia 41 tahun ni…
Haih, nasib baik tak kena pang dengan abang polis…
Baca: [Video] Pemandu Mabuk Cari Gaduh, Tunjuk Jari Tengah Dekat Pegawai DBKL Lepas Dihalang Pandu Laju