in

Pasukan Memanah Korea Selatan Menang Emas Olimpik, Kecewa Sebab Minta Lagu BTS Tapi Dapat Blackpink

Ft Atlet Korea Nak Lagu Bts Dapat Blackpink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan memanah wanita dari Korea Selatan berasa kecewa selepas permintaan istimewa mereka ketika majlis penyampaian medal tidak ditunaikan.


Menurut Allkpop, pasukan itu yang telah berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah meminta agar mereka diperdengarkan lagu daripada kumpulan BTS semasa majlis berkenaan.

Bts

Bagaimanapun, mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan itu telah melakukan kesalahan kecil semasa upacara penyampain medal tersebut.

Difahamkan, pasukan itu telah meminta lagu ‘Dynamite’ untuk dimainkan namun sebaliknya lagu ‘Boombayah’ daripada kumpulan Blackpink pula yang berkumandang.

K-Pop Rose Gif

Wakil pasukan memanah itu, Kang Chae Young ketika sidang media berkata kesilapan telah berlaku dan atlet yang terlibat telah memaklumkan dari awal lagi bahawa mereka mahu lagu BTS dimainkan.

Malah dalam satu temu ramah, pasukan berkenaan ada berkata bahawa mereka berharap agar lagu ‘Dynamite’ diputarkan jika pasukan itu menang pingat emas.

Korea1

Bukan mereka satu-satunya atlet di Sukan Olimpik yang tergolong dalam ARMY dan ini bukanlah kali pertama daripada kumpulan BTS mendapat permintaan tinggi untuk dimainkan dalam acara sukan terbesar dunia.

Sebelum ini, lagu kumpulan itu bertajuk ‘Butter’ mendapat undian tertinggi menerusi poll dibuat oleh pihak penganjur Euro 2020 mengalahkan beberapa lagu lain yang tercalon.

Baca: “Saya dah cuba…” – [VIDEO] [VIDEO] Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Netizen Tetap Bangga Dengan Farah Ann

Ft Farah Ann Nangis Olimpik 2020

Sumber: Allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.